Motosikal / Skuter / Roda

Harley-Davidson Perkenal Motosikal ‘Flat Track’ XG750R

Buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun, Harley-Davidson mempunyai motosikal lumba ‘flat track’ yang baharu iaitu Harley-Davidson XG750R. Menggantikan X750R yang dikeluarkan sejak zaman 70-an, model baharu milik pasukan Screamin’ Eagle ini dijangka membuat kemunculan pertamanya Ahad ini di AMA Pro Flat Track Springfield Mile di Illinois, Amerika Syarikat.

harley-xg750r-05-1

Motosikal lumba yang dibangunkan oleh Vance & Hines Motorsports ini didatangkan dengan casis lumba yang direka khas serta enjin Revolution X dengan sesaran 750cc dan dua silinder yang disusun dalam bentuk ‘V’. Enjin yang asalnya direka untuk model Street 750 ini dilengkapi dengan teknologi penyejukan cecair serta sistem suntikan bahan api.

Photos of the new Harley Davidson 750 Flat track bike at Vince and Hines in Indianapolis Indiana on April 27th 2016.

Harley-Davidson XG750R ini dihiasi skema dwi-tona yang menarik dengan warna merah dan hitam yang menjadikannya kelihatan seperti dua motosikal berbeza dari setiap sisi.

harley-xg750r-06-1

Menurut syarikat pembuat motosikal terkenal itu, XG750R ini akan dikendalikan oleh David Fisher. Ia hanyalah motosikal yang direka khas untuk perlumbaan dan tidak akan ditawarkan untuk dijual buat masa ini.

Previous post

Novitec Torado Lamborghini Aventador LP 750-4 SV

Next post

Mercedes-Benz Labur Kira-kira € 3B Dalam Teknologi Enjin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *