Berita Auto

Honda Civic Generasi Ke-10 Tampil Buat Pertama Kali Di MY Auto Fest 2016

Honda Civic generasi ke-10 telah membuat penampilan awam pertamanya di negara ini di My Auto Fest 2016. Majlis pengenalan model itu  telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan bersama-sama dengan Katsuto Hayashi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia.

Honda Civic MY Auto Fest 2016 04

Kereta sedan tersebut didatangkan dalam warna Lunar Silver Metallic baharu yang boleh dilihat di ruang Honda di pameran tersebut. Ianya boleh didapati dengan dua pilihan enjin untuk pasaran tempatan iaitu 1.5L VTEC Turbocharged serta 1.8L i-VTEC. Pengunjung boleh meletakkan tempahan untuk model tersebut di pameran itu.

SONY DSC

Selain Civic serba baharu, pengunjung juga boleh melihat dan menempah model Honda lain iaitu Jazz, City, HR-V dan CR-V dengan diskaun sehingga RM9,900. Tambahan pula akan ada cabutan bertuah, jualan barangan, sudut kanak-kanak dan pelbagai aktiviti yang dijalankan di ruang pameran Honda.

SONY DSC

Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800- 88-2020 atau layari www.honda.com.my atau www.ridethedream.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri menarik Honda Civic serba baharu.

 

Previous post

Nissan Dapat Deal Jual Fleet Teksi Eletrik Terbesar Di Dunia

Next post

Toyota Sienta Buat Kemunculan Mengejut Di MY Auto Fest 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *