Berita Auto

Honda HR-V Sekarang Datang Dalam Dark Ruby Red Pearl dan Dapat Rim 17″ Baru

Honda Malaysia hari ini mengumumkan pengenalan Dark Ruby Red Pearl ke barisan warna HR-V. Selain warna Dark Ruby Red Pearl, HR-V turut menerima luaran dan penungganang lebih baik, terutamanya, roda 17 ” reka bentuk  baru untuk semua varian yang akan meningkatkan pernampilan dinamik HR-V.

Honda HR-V_received exterior and ride enhancements, particularly, new 17” wheel design for all variants

Sejak dilancarkan pada Februari 2015, HR-V telah menjual lebih 28,500 unit pada April 2016 dan kekal dalam kedudukan utama dalam segmen SUV kompak.

HR-V mengekalkan enjin SOHC 1.8L i-VTEC. Digabungkan dengan  transmisi  Earth Dreams Technology Continuous Variable Transmission  (CVT), HR-V dengan status Energy Efficient Vehicle (EEV) menawarkan prestasi yang cekap bahan api dan satu pemanduan yang lancar.

Sasaran jualan HR-V adalah 1,500 unit sebulan dan Honda Malaysia yakin bahawa Dark Ruby Red Pearl HR-V akan diterima baik oleh rakyat Malaysia. Selain daripada Dark Ruby Red Pearl, warna-warna yang sedia ada untuk HR-V adalah Taffeta White, Modern Steel Metallic dan Ruse Black Metallic.

Honda Malaysia juga mengumumkan walaupun permintaan untuk HR-V adalah tinggi, Syarikat berjaya mengekalkan tempoh menunggu kepada antara 1-2 bulan. Dengan meningkatkan pengeluaran, Honda Malaysia kekal komited untuk menyampaikan kenderaan tepat pada masanya kepada pelanggan.

Honda HR-V_Multi-Utility Cargo Space

Untuk maklumat lanjut, talipon talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 aatu layari www.honda.com.my

Previous post

Dapo Pata. Uptown Kontena. Jejak Makan ROSS Eat Beat Ep. 28

Next post

BMW Motorrad Perkenal Intelligent Emergency Call

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *