Jualan Sedunia Toyota Hibrid Melebihi 9 Juta Unit
Toyota Motor Corporation dengan bangganya mengumumkan bahawa angka kumulatif jualan global kenderaan hibrid mencapai 9,014,000 unit sehingga 30 April. Unit juta terkini adalah peristiwa penting dan telah dicapai dalam masa hanya sembilan bulan.
Toyota telah melancarkan Coaster Hybrid EV pada Ogos 1997 dan Prius hibrid adalah yang pertama dikeluarkan secara besar-besaran pada Disember tahun yang sama. Sejak itu, kenderaan hibrid Toyota telah menerima sokongan menggalakkan daripada pengguna di seluruh dunia.
No Comment