Lexus LC 2016 Membuat Debut Jerman di Litar Nurburgring
Lexus LC coupe mewah baru membuat debut berprofil tinggi di Jerman hujung minggu lalu di salah satu acara permotor
Pra-perlumbaan Prologue membuktikan satu arena sesuai untuk Lexus untuk membentangkan tambahan terbaru kepada rangkaian modelnya, perarakan berprestij digunakan oleh banyak pengeluar untuk menunjukkan kereta terbaik mereka.
Selepas Prologue, LC itu dibawa ke Ring Boulevard di mana ia dipamerkan sepanjang acara tersebut. Setelah bendera chequered dikibarkan, tumpuan berpindah ke Plateau Hatzenbach yang terkenal di litar di mana penampilan Jerman coupe itu dirayakan dengan sebuah parti selepas perlumbaan.
LC, coupe perdana Lexus, akan dilancarkan pada musim bunga 2017 dengan dua pilihan enjin. Hibrid penuh LC 500h akan menampilkan enjin 3.5 liter petrol V6 dan Multi Stage Hybrid System serba baru Lexus yang di reka untuk menyampaikan respon lebih menerus untuk prestasi yang tinggi sahih. LC 500 akan dilengkapi dengan enjin 5.0 liter petrol V8 digandingkan dengan transmisi automatik 10-kelajuan baru – pertama di dunia bagi kenderaan mewah. LC adalah model pertama yang dibina di atas platform GA-L serba baru Lexus, yang direka untuk menyampaikan pengalaman memandu lebih tajam dan lebih halus.
No Comment