Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Bekerjasama dengan Pemilik ASX Penyanyi/Penulis Lagu YUNA
Penyanyi/penulis lagu dan ahli perniagaan Malaysia YUNA baru-baru ini diperkenalkan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sebagai duta jenama untuk kempen terbaru Mitsubishi ASX Compact SUV.
YUNA sememang sudah memiliki sebuah kereta ASX sejak 2012 yang dibelinya sendiri dan untuk bekerjasama pula dengannya adalah satu pengalaman yang dia anggap memuaskan. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mitsubishi Motors Malaysia kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Mitsubishi ASX. Mitsubishi ASX sememangnya sesuai untuk saya. Compact SUV yang bergaya, saiz yang sesuai, keselamatan terjamin dengan 7-beg udara dan saya sungguh suka bumbung kaca panoramiknya”. tambah Yuna.
YUNA sekarang di Los Angeles dan baru-baru ini telah melancarkan single terbaru beliau bertajuk ‘Crush’ yang menampilkan superstar R&B Usher dalam album barunya ‘Chapters’. Yuna kini sibuk mempromosikan album itu dan akan ke sekitar Amerika Syarikat, Eropah dan Asia pada akhir tahun ini.
Yuna juga akan mengharumkan nama Malaysia tidak lama lagi kerana beliau akan menyanyi lagu promosi Sukan Olimpik 2016 bertajuk ‘The Fire’ dengan artis terkenal, Lenny Kravitz.
No Comment