Berita Auto

Nissan Dapat Deal Jual Fleet Teksi Eletrik Terbesar Di Dunia

Nissan dan La Ciudad del Taxi telah mengumumkan perjanjian armada teksi 100 peratus elektrik terbesar di dunia yang akan menyaksikan 110 perkhidmatan  teksi Nissan LEAF 30 kWh sifar pelepasan di Madrid.

Electric taxi Madrid 2

Nissan LEAF adalah kenderaan elektrik yang paling laris di dunia dengan lebih daripada 220,000 unit telah dijual di seluruh dunia. LEAF 30 kWh baru menawarkan jarak perjalanan sehingga 250 km dengan satu caj yang sama, menjadikannya kenderaan teksi yang ideal dan saiz, keselesaan dan prestasinya juga sesuai untuk persekitaran bandar. Selain manfaat pelepasan sifar, Nissan LEAF juga menawarkan kos pengendalian empat kali lebih murah berbanding dengan enjin pembakaran konvensional dan  penjimatan sehingga 40 peratus dalam kos penyelenggaraan.

Electric taxi Madrid 3

Majlis Bandaraya Madrid juga telah mengesahkan ia akan menyedia infrastruktur mengecas di seluruh ibu negara.

 

Previous post

Jualan April Yang Terbaik Pernah Dicapai Untuk Jaguar Land Rover

Next post

Honda Civic Generasi Ke-10 Tampil Buat Pertama Kali Di MY Auto Fest 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *