Konsep / Lakaran / Intipan

Perodua Beri Myvi Potongan Harga, Skim Warna Baru Dan Perkenal PROGANTI

Sebagai sebahagian daripada kempen Love Of The Nation, Perodua memperkenalkan harga istimewa untuk Myvi 1.5 dengan penjimatan sehingga RM3,650 untuk Myvi 1.5SE dan RM3,800 untuk  model barisan Advance dari 7 MEI – 5 Julai sahaja.

Struktur harga semasa kempen seperti di bawah:

Capture

Di samping itu, versi Advance kini boleh didapati dalam warna-warna two-tone, gabungan Metallic Ebony Black & Electric Blue, yang direka untuk golongan muda dan golongan muda di hati dengan harga RM55,118.00.

 

Myvi Advance_Two Tone_Rear

Sementara itu, Perodua juga merasionalisasikan varian-varian barisan Myvi selari dengan permintaan pasaran dan 1.3L Premium X (AT) dan Premium XS (AT)  semasa  akan secara berperingkat dihentikan.

Selain warna baru bagi Myvi, Perodua juga memperkenalkan barisan baru bahagian-bahagian servis alternatif  jenama berpatutan digelar ProGanti untuk menggalakkan pelanggan menggunakan  bahagian-bahagian kualiti  dan boleh dipercayai pada harga yang berpatutan.

ProGanti

Syarikat kereta kompak ini mempunyai hari terbuka ‘Riuh Bersama Perodua’ untuk para pelanggannya pada hujung minggu ini, 7 Mei (9 pagi hingga 5 petang), lengkap dengan makanan best, promosi, hadiah-hadiah hebat di cawangan jualan & servis mereka.

 

Previous post

Keselamatan Anda Adalah Keutamaan Kami !

Next post

Isuzu Ada D-Max Wajah Baru Yang Siap Sedia Untuk Dilancar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *