Perodua Tawar Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Kuala Lumpur
Perodua menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan di sini semalam.
Perodua akan menyediakan bantuan dalam bentuk perkhidmatan menunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan bebas untuk menentukan jumlah kerosakan kenderaan. Pelanggan Perodua yang kenderaan mereka mengalami kerosakan berkaitan banjir baru-baru ini adalah digalakkan untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800- 88-6600 untuk bantuan.
Mengenai bantuan yang diberikan, pelanggan Perodua boleh menuntut perkhidmatan tunda sehingga maksimum RM100 (seratus ringgit sahaja) daripada cawangan perkhidmatan Perodua terdekat (terma dan syarat).
Di samping itu, Perodua turut menawarkan tunggakkan 20% daripada bahagian-bahagian terpilih untuk pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir. Bahagian-bahagian termasuk semua barangan elektronik, karpet, tempat duduk, perapi pintu dan baik pulih enjin gasket.
No Comment