Motosikal / Skuter / Roda

Tujuh Menang Percutian Bermotorsikal Percuma Ke Langkawi Dengan Shell Advance

Tujuh peminat motosikal bertuah telah memenangi  percutian bermotosikal ke Langkawi selama 5 hari 4 malam percuma sebagai pemenang peraduan pengguna Shell Advance #Advance2Langkawi yang diadakan pada Disember tahun lepas.

#Advance2Langkawi winners and the team from Shell Lubricants Malaysia posing before the flagoff

Mereka adalah Keith Ow, 29, dari Pulau Pinang; Ng Yao Ding, 29, dari Ipoh; Zahed Abdul Rahman, 43 dan isteri, Hamidah Hassan, 43, dari Rawang; Koong Wai Hoong, 32, dan Shamsul Ridzuan Idris, 42, dari Kuala Lumpur; dan Miazil Harina Jores, 28, dari Johor Bahru.

Peraduan Shell Advance menarik lebih daripada 700 penyertaan. Pemenang dipilih berdasarkanfoto perjalanan  yang terbaik yang mereka telah muat naik dan kongsi di media sosial dengan hashtag #Advance2Langkawi.

Shell Advance Brand Manager Desiree Cheng (R) and Digital Marketing Manager Ian Chook flagging off the #Advance2Langkawi riders

Sebagai sebahagian daripada persiapan untuk perjalanan 18 Mei hingga 22, 2016 itu, Shell Advance menyediakan pertukaran minyak enjin percuma untuk motosikal pemenang supaya mereka boleh mengalami kuasa yang berterusan dan perjalanan yang lebih lancar dengan Shell Advance Ultra dengan PurePlus Technology. Sepanjang perjalanan pergi balik sejauh lebih kurang 1,200 kilometer dari Kuala Lumpur ke Langkawi dan balik, semua motosikal berminyakkan Shell V-Power.

Pengurus Besar Shell Lubricants  – Malaysia dan Singapura, Leslie Ng berkata, peraduan pengguna yang unik merupakan satu lagi inisiatif unik oleh Shell Advance untuk mendekati penunggang Malaysia.

#Advance2Langkawi winners Koong Wai Hoong (left) and Miazil Jores on the road to Langkawi

“Pengembaraan jalanan menarik ini adalah satu peluang yang hebat untuk peminat motosikal untuk mengalami minyak enjin motosikal Shell Advance Ultra berteknologi unggul menampilkan PurePlus Teknologi proprietari Shell. Ia berjanji untuk membuat setiap perjalanan lebih menyeronokkan tanpa kehilangan kuasa, batu demi batu, tidak kira berapa jauh atau berapa keras anda menunggang, “katanya.

#Advance2Langkawi riders boarding ferry to Langkawi

Shell PurePlus Technology adalah satu proses revolusi gas-to-liquid (GTL) yang menukarkan gas semula jadi ke minyak asas yang jernih dengan hampir tidak ada kekotoran yang terdapat dalam minyak mentah. Minyak GTL asas menyampaikan tahap pembersihan yang lebih tinggi dan perlindungan kakisan dan kehausan yang unggul. Hasilnya, yang pertama-dan-hanya satu minyak enjin motosikal seumpamanya , Shell Advance Ultra dengan PurePlus Technology, mampu menawarkan permulaan yang bersih dan menyampaikan lebih banyak dan berterusan kuasa setiap kali.

#Advance2Langkawi winner Miazil Jores on her Victory 8-ball cruiser

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi Shell Advance terkini, sila ke www.shell.com.my/advance

#Advance2Langkawi winner Zahed Abd Rahman riding past padi fields on his Kawasaki Versys 650

 

Previous post

PDRM Pakai Volkswagen Jetta? Terserempak. Belum Disahkan.

Next post

LC [Line Clear Nasi Kandar] Restaurant Kampung Baru. Jejak Makan ROSS Eat Beat Ep. 29

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *