Berita Auto

Volkswagen Vento Baharu Kini Dibuka Untuk Tempahan Pada Harga Bermula RM80k – RM90k

Volkswagen Malaysia kini sudah membuka tempahan untuk Volkswagen Vento baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ditawarkan dalam tiga varian iaitu Highline, Comfortline dan Trendline, Vento nyata memiliki segalanya – prestasi terbaik dan ciri keselamatan termaju. Gril krom dan garis kontur badan yang baru nyata menyerlahkan lagi rekaannya. Sekali gus memberikan Vento penampilan yang lebih bergaya dan elegan.

2

Menjadi satu-satunya sedan yang dikuasakan oleh enjin turbo dalam kelasnya, Vento Highline dijana oleh enjin pancitan terus dan pengecas turbo bersesaran 1.2 TSI yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 105PS. Ia dipadankan dengan kotak gear berkembar DSG tujuh kelajuan baharu untuk menawarkan tork maksimum 175Nm pada putaran enjin 1,500rpm hingga 4,100rpm.

Biarpun impresif dari segi prestasi, aspek keselamatan bagaimanapun tidak diabaikan. Varian Vento Highline baharu telah menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP. Ia dilengkapi ciri Electronic Stability Control (ESC), empat beg udara (hadapan dan sisi), sistem brek anti kunci (ABS), Crash Response System (ICRS) serta cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

1

Sedan ini didatangkan dalam lima warna iaitu putih (Candy White), merah (Flash Red), perak (Reflex Silver), kelabu (Carbon Steel Grey) dan hitam (Deep Black).

Jadilah orang pertama yang menempah pandu uji Vento baharu dengan melayari laman web http://vw.volkswagen.com.my/coming-soon/the-vento/ . Anda juga boleh membuat tempahan di mana-mana pengedar sah Volkswagen.

 

Previous post

Skoda Akan Melancarkan SUV 7-tempat Duduk Dan Ia Akan Dipanggil Kodiaq

Next post

The Magnificent Fish & Chips Restaurant & Bar. Jejak Makan ROSS Eat Beat Ep. 27

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *