Gaya Hidup / Lifestyle

Bagaimana Untuk Bertenang Di Jalan Raya Dan Mengurangkan Belanja Pada Musim Perayaan Ini

Walaupun anda tidak mampu mengawal kos bahan api, tetapi anda boleh memandu dengan cara yang lebih menjimatkan. Mujurlah, banyak kereta sekarang padat dengan pelbagai teknologi yang boleh membuatkan perjalanan lebih mudah dan efisien, terutama sepanjang musim perayaan tidak lama lagi.

Dalam satu kaji selidik melibatkan pemandu di Malaysia yang dijalankan oleh Ford Motor Company, 55 peratus responden menyatakan bahawa mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam kesesakan jalan raya berbanding setahun lalu. Jumlah kenderaan sepanjang musim perayaan dijangka meningkat di lebuh-lebuh raya utama termasuklah Lebuh Raya Utara Selatan. Jadi, pengguna pasti akan mengalami kelewatan.

Jika anda merancang untuk memandu pulang ke kampung halaman atau ke destinasi percutian kegemaran anda, di sini ada beberapa tip mudah yang boleh membantu anda lebih berjimat ketika berada di atas jalan raya.

Rancang Perjalanan Lebih Awal
Terperangkap dalam kesesakan jalan raya memang membazirkan minyak. Jadi, merancang waktu perjalanan dengan efektif adalah sangat penting. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan merujuk kepada cadangan perjalanan yang biasanya dikeluarkan beberapa minggu sebelum muzim cuti bermula. Ia mampu membantu mengurangkan kesesakan. Anda juga boleh mengetahui jalan-jalan yang perlu dielakkan dengan merujuk kepada kemas kini trafik secara langsung menerusi media sosial atau aplikasi seperti Waze.

Tidak Memecut
Memang semua orang mahu tiba di destinasi masing-masing secepat mungkin. Tetapi, memecut bukan sahaja membazirkan minyak, malah boleh membahayakan nyawa anda, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Pantau kelajuan kenderaan anda dan ingat bahawa matlamatnya adalah untuk tiba ke destinasi dengan selamat.

Berhenti di Kawasan Rawat dan Rehat yang Paling Menyenangkan
Mujurlahkan kawasan rehat dan stesen minyak di sepanjang lebuh raya utama di Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan seperti kafe, ATM, bilik air dan surau. Daripada berhenti di lokasi berlainan untuk tujuan berbeza, apa kata pilih satu tempat yang menawarkan semua kemudahan buat anda dan keluarga. Terdapat 24 kawasan rawat dan rehat di sepanjang Lebuh Raya PLUS.

Hari-Raya-traffic1

Hala Utara
Kawasan Rawat dan Rehat Lokasi
Gurun KM81.1
Gunung Semanggol KM196.0
Sungai Perak KM249.3
Tapah KM332.3
Rawang KM440.0
Dengkil KM23.5
Seremban KM272.2
Ayer Keroh KM205.1
Pagoh KM146.6
Machap KM74.6
Gelang Patah KM5.7

Hala Selatan

Kawasan Rawat dan Rehat Lokasi
Gurun KM80.6
Gunung Semanggol KM194.6
Sungai Perak KM249.3
Tapah KM331.2
Rawang KM398.8
Dengkil KM23.1
Seremban KM274.4
Ayer Keroh KM209.9
Pagoh KM135.5
Machap KM74.7
Gelang Patah KM4.9

Sekarang anda sudah tahu beberapa tip penting menjimatkan bahan api yang membolehkan anda pergi lebih jauh. Ini pula lima teknologi pada kenderaan Ford yang boleh membantu anda sepanjang perjalanan.

#1: Adaptive Cruise Control
Anda mungkin beranggapan kawalan jelajah diperkenalkan untuk membantu anda apabila rasa malas ketika memandu. Sedangkan ciri pintar ini sebenarnya boleh menjimatkan minyak dalam dua cara. Apabila di lebuh raya, ia mengelakkan anda daripada memandu pada kelajuan yang lebih tinggi dan kurang efisien. Ia juga membantu anda mengekalkan kelajuan yang sekata. Jadi anda tidak perlu membazirkan minyak dengan memecut dan membrek secara melulu. Adaptive Cruise Control Ford membawakan kelebihan ini ke satu tahap lagi. Apabila ciri ini diaktifkan, satu radar akan mengesan kelajuan kenderaan di hadapan dan mengubah suai pecutan kereta anda untuk berada dalam jarak yang selamat. Jadi, anda tidak perlu menekan brek dengan agresif dan memecut semula – faktor utama pembaziran minyak di lebuh raya.

#2: Active Park Assist
Berapa banyak masa anda terpaksa habiskan untuk mencari ruang parkir yang betul? Ini mungkin sesuatu yang anda tidak mahu fikirkan dengan serius – tetapi kita semua telah membazirkan minyak dan masa untuk mencari ruang parkir yang mudah. Mujurlah Active Park Assist Ford boleh membantu mengelakkan anda daripada mencari ruang parkir yang tidak tentu arah. Ciri bantuan pemandu ini berupaya menilai sama ada ruang parkir itu sesuai atau sebaliknya. Jika ya, Active Park Assist akan membantu anda masuk ke dalam ruang parkir. Anda hanya perlu menekan pedal minyak dan brek sahaja. Maka, anda tidak lagi perlu meneka ruang parkir itu muat atau sebaliknya.

#3: MyKey
Pernahkah anda meminjamkan kereta kepada kawan atau ahli keluarga, tetapi dipulangkan dengan tangki yang kosong? Walaupun MyKey Ford tidak akan menambah baik adab rakan anda itu, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh menggalakkan mereka supaya memandu dengan lebih efisien. Kunci pra-program itu membolehkan anda menetapkan had ke atas beberapa ciri kenderaan. Misalnya tetapkan kelajuan maksimum kenderaan dan pantau sejauh mana ia dipandu. Memecut boleh membazirkan minyak dan penjimatan akan menurun dengan pantas apabila pecutan melebihi 80km/j. Dengan menetapkan had kelajuan kenderaan, pemandu tidak akan boleh memandu melebihi had yang telah ditetapkan. Walaupun dengan menekan pedal minyak sepenuhnya atau menggunakan sistem kawalan jelajah.

#4: EcoBoost
EcoBoost ialah rangkaian enjin turbocharged Ford yang berkuasa dan menjimatkan. Ia direka untuk menawarkan kuasa kuda dan tork tanpa perlu berkompromi dengan penjimatan bahan api. Di Malaysia, enam model Ford dilengkapi enjin EcoBoost. Ini termasuklah Fiesta, Focus, Kuga, S-MAX dan Mustang serba baharu.

 

image002 (2)

Previous post

Porsche Cayman GT4: Porsche Sebenar Terakhir

Next post

Perodua Beri Sumbangan Kepada 184 Keluarga Dan 24 Anak Yatim

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *