Beli MINI Countryman Dan Nikmati Ansuran Percuma Selama Dua Bulan
Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, MINI Malaysia telah melancarkan kempen di mana pelanggan boleh membawa pulang MINI Countryman mereka secara percuma untuk dua bulan pertama dari tarikh pembelian.
Bukan itu sahaja, kempen itu juga menawarkan program pembiayaan khas iaitu MINI Financing Straight Line Monthly Instalment dan MINI Financing Monthly Instalment.
Kempen ini berlangsung dari sekarang hingga 30 Jun 2016. MINI Malaysia juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk melawat mana-mana pengedar sah jenama itu untuk pandu uji model Countryman.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mini.my/rayadeals.
No Comment