Motosikal / Skuter / Roda

BMW Motorrad Tayang Motorsikal Konsep Lac Rose

BMW Motorrad telah memperkenalkan motorsikal Lac Rose baharu, sebuah konsep yang dibina khas bagi memperingati kejayaannya di rali Paris-Dakar pada tahun 1985. Motorsikal tersebut ditayang di acara festival Wheels & Wave yang diadakan di Biarritz, Perancis.

BMW Motorrad Lac Rose 01

Nama Lac Rose dipilih bersempena dengan Tasik Retba yang mempunyai air berwarna merah jambu. Tasik masin yang terletak di Senegal (berhampiran dengan Dakar dan Lautan Atlantik) ini juga merupakan lokasi akhir kejohanan rali tersebut.

BMW Motorrad Lac Rose 04

Dari rupa luaran sahaja, mungkin anda sudah tahu yang motorsikal konsep Lac Rose ini berasal dari model roadster R nineT yang sememangnya sesuai untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Jelas sekali reka bentuknya telah digubah dengan elemen-elemen off-road yang diilhamkan oleh model-model G/S terdahulu.

BMW Motorrad Lac Rose 02

Ini termasuk lampu hadapan berserta gril pelindung, madgad yang tinggi, pelindung bawah, tempat duduk yang pendek serta tayar off-road dengan rim lidi rekaan klasik. Motorsikal konsep ini juga dihiasi skema warna Alpine White/Signal Red, dan juga nombor ‘101’ yang digunakan oleh Gaston Raiher lebih 30 tahun dahulu.

BMW Motorrad Lac Rose BMW Motorrad Lac Rose 05

Selain itu, ia juga didatangkan dengan suit dan topi keledar enduro khas.

 

 

 

Previous post

Terlalu Cool: Renault Twingo GT Dengan 110 hp Dari Enjin 898cc

Next post

MINI Malaysia Ingatkan Pengguna Jalan Raya Supaya Lebih Berhemah Menerusi Kempen #flashlightssavelives

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *