Dua Motosikal Baharu Akan Dilancarkan Di World Ducati Week
World Ducati Week (WDW) yang kesembilan akan berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2016 di litar Misano, Itali, dan seperti sebelum ini, acara yang akan menjadi tumpuan Ducatisti dari seluruh dunia ini menjadi platform terbaik untuk syarikat itu memperkenalkan produk terbarunya.
Acara tahun ini akan menyaksikan pelancaran dua motosikal baharu; yang pertama adalah sebuah model 2017 yang akan didedahkan di dalam sebuah bilik tertutup sepertimana Scrambler diperkenalkan dua tahun lalu. Belum ada maklumat yang diberikan tentang model ini namun ia pasti akan menjadi produk yang penting bagi Ducati.
Motosikal yang kedua pula adalah sebuah model edisi khas bagi menyambut ulangtahun ke-90 Ducati. Ia mungkin berasaskan mana-mana model sedia ada pengeluar itu.
Program-program lain yang diaturkan sepanjang acara itu termasuklah Garage Contest, Heritage Contest, sesi tunggang uji XDiavel dan Scrambler, Flat Track School, sesi litar bersama Audi dan Lamborghini, pertunjukan ‘stunt’ dan bermacam-macam lagi.
No Comment