Gaya Hidup / Lifestyle

HLYM Lancar Kempen ‘Yamaha Balik Kampung’ Edisi ke-18

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan kempen keselamatan jalanraya ‘Yamaha Balik Kampung’ edisi ke-18. Tanggungjawab sosial korporat (CSR) adalah satu usahasama antara HLYM dan Malaysia Motorcycle & Scooter Dealers Association (MMSDA). Ia dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai di Bentong, Pahang.

Kempen tahun ini bertemakan “Fokus di jalan, bukan di tangan” , yang mensasarkan penggunaan telefon bimbit semasa menunggang motosikal.

5YAU0938

“Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), kecuain manusia adalah penyumbang terbesar dalam kemalangan maut motosikal. Ini termasuk penggunaan telefon bimbit semasa menunggang,” ulas Dato’ Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM.

Seperti sebelumnya, pemeriksaan keselamatan 15-point untuk semua jenis motosikal dan serta nasihat mengenai kepentingan servis berkala akan disediakan kepada orang awam secara percuma. HLYM juga memulakan sistem pemeriksaan sendiri 7-point untuk mendidik penunggang tentang keselamatan jalanraya.

7 POINT CHECK-2

FKR Tyre dan NGK Spark Plugs Malaysia turut akan menempatakan penasihat teknikal masing-masing di lokasi kempen untuk khidmat nasihat mengenai tayar dan palam pencucuh. Tambahan pula, 500 unit topi keledar sumbangan KHI Helmets Industries dan AEON Credit Service dengan kelulusan SIRIM boleh ditukar dengan topi keledar lama di empat lokasi berikut:

  • 25 Jun 2016 – Tempat Letak Kereta Bersebelahan Perhentian Bas Bentong, Pahang
  • 27 Jun 2016 -Plaza Tol Sungai Dua, Arah Selatan, Pulau Pinang
  • 28 Jun 2016 – Tempat Letak Kereta Aman Jaya Mall, Sungai Petani, Kedah
  • 30 Jun 2016 – Plaza Tol Batu Tiga, Arah KL, Plus Office, Shah Alam, Selangor

YBK2016_Leaflet_Inside-ol

Peserta pemeriksaan keselamatan 15-point tersebut akan menerima vest keselamatan percuma tajaan Pacific & Orient Insurance Co. Bhd. dan MMSDA, dan risalah keselamatan Yamaha.

Kempen kali ini mendapat sokongan dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), MIROS, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Majlis Perbandaran Bentong and Polis Di Raja Malaysia.

Previous post

Liberty Insurance Berhad - Tempat Persinggahan Pertama Rombongan Proton Perdana

Next post

Petronas Sedia 900,000 Cawan Kopi Percuma Sempena Hari Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *