Berita Auto

Honda Civic 2016 Kini Di Malaysia – Harga Dari RM113,800 – RM135,800

Honda Malaysia hari ini telah melancarkan Honda Civic serba baharu. Model generasi ke-10 itu dikatakan bakal menggegar pasaran segmen C tempatan dengan dua pilihan enjin yang ditawarkan dalam tiga varian – 1.8S i-VTEC, 1.5 VTEC Turbo dan juga 1.5 VTEC Turbo Premium.

SONY DSC

Dari segi kelengkapan standard, kesemua varian Civic dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED, lampu hadapan automatik, dan cermin sisi dengan lampu isyarat. Civic 1.5 VTEC Turbo Premium yang merupakan varian teratas mendapat lampu hadapan LED, lampu kabus LED serta pemegang pintu dengan kemasan krom. Ia juga didatangkan dengan rim 17 inci, berbanding varian 1.8S yang mendapat rim 16 inci.

SONY DSC

Bahagian kabin pula mengenengahkan rekaan baharu yang lebih kemas dan ergonomik. Antara ciri-ciri yang disertakan termasuklah pedal penukar gear (untuk varian VTEC Turbo dan VTEC Turbo Premium sahaja), roda stereng dengan kemasan kulit, kawalan penyaman udara dengan skrin sesentuh, lubang penyaman udara belakang dan meter LCD berwarna sepenuhnya.

SONY DSC

Selain itu, ketiga-tiga varian Civic juga dilengkapi dengan Remote Engine Start yang membolehkan anda menghidupkan enjin dari luar kereta, Walk Away Auto Lock, serta tempat duduk pemandu berkuasa 8 cara. Varian 1.8S dihiasi dengan kemasan fabrik manakala yang lain mendapat kemasan kulit berwarna hitam.

SONY DSC

Untuk sistem audio, kesemua varian Civic mendapat skrin 7 inci dengan fungsi MP3, iPod, USB, HDMI, telefon bebas-tangan dengan pengecaman suara, dan lapan buah pembesar suara. Fungsi navigasi disediakan untuk varian 1.5 VTEC Turbo dan 1.5 VTEC Turbo Premium sahaja.

SONY DSC

Dari aspek enjin dan transmisi, varian 1.8S i-VTEC menghasilkan kuasa sebanyak 141 PS pada 6,500 rpm dan 174 Nm pada 4,300 rpm, manakala varian 1.5 VTEC Turbo mendapat 173 PS pada 5,500 rpm dan tork 220 Nm dari 1,700 hingga 5,500 rpm. Kedua-dua enjin digabungkan dengan kotak gear jenis CVT yang dibangunkan dengan teknologi Earth Dreams milik Honda.

SONY DSC

Ciri-ciri keselamatan pula adalah sama untuk ketiga-tiga varian. Ia termasuk enam beg udara, ISOFIX belakang, Vehicle Stability Assist (VSA), ABS, EBD, Auto Brake Hold, Hill Start Assist, Brake Assist, Emergency Stop Signal, kamera belakang, dan sensor undur empat sudut.

SONY DSC

Honda Civic baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl). Dua warna baharu tersebut akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia.

SONY DSC

Harganya bermula dari RM113,800 untuk varian 1.8S i-VTEC, RM127,800 untuk 1.5 VTEC Turbo dan RM135,800 untuk 1.5 VTEC Turbo Premium. Ia dilindungi oleh jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km.

Previous post

Video - Honda Civic 2016

Next post

Video Model Mercedes-Benz E-Class 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *