Honda Lancar Civic Generasi Ke-10 – Tawar “Nilai Segman D” Pada “Harga Segmern C”
- Harga bermula RM113,800, Honda sasar untuk menjual 1,200 unit sebulan
- Pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa pertama yang memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C
- Sistem keselamatan terbaik dalam kelasnya untuk semua varian (6 Beg Udara, Vehicle Stability Assist)
Honda Malaysia (atau Syarikat) hari ini dilihat memberi keterujaan dalam industri automotif, terutamanya dalam segmen C menerusi pelancaran rasmi Civic Generasi ke-10 yang amat dinantikan.
Dalam membangunkan Civic serba baharu yang menjadi salah satu pembangunan model baharu paling komprehensif dan bercita-cita tinggi yang pernah dilakukan oleh Honda, pasukan juruteranya telah menetapkan penanda aras bahawa Civic bukan sahaja akan bersaing dengan kenderaan-kenderaan dalam segmen C. Malah dengan kenderaan kompak premium buatan Eropah. Hasil usaha keras tersebut, Honda kini mampu menawarkan Civic yang akan menjadi pengubah dalam segmen C dari segi reka bentuk, prestasi dinamik, penjimatan bahan api, keluasan, kualiti ruang dalaman dan ciri-ciri keselamatan – semua ini dalam satu pakej harga yang menarik.
Sewaktu memberi ucapan kepada media buat pertama kalinya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia yang baru, Encik Katsuto Hayashi berkata, “Civic serba baharu akan menjadi satu model penting buat Honda Malaysia untuk terus menawarkan ‘Keseronokan’ kepada para pelanggan kami. Menjadi jenama kenderaan Bukan Nasional No. 1 pada tahun 2015, harapan daripada para pelanggan kami juga kian meningkat. Jualan kami pada tahun ini (sehingga Mei 2016), telah meletakkan Honda pada kedudukan No. 2 untuk jenama kenderaan secara keseluruhan (Nasional dan Bukan Nasional) dengan perkongsian pasaran sebanyak 14% dan jualan sebanyak 30,401 unit. Kami akan terus berusaha untuk mencapai aspek Kepuasan Pelanggan.”
Tambah Encik Katsuto Hayashi lagi, “Sektor automotif di Malaysia telah mengalami evolusi sejak 3 tahun lalu. Apabila kami melancarkan City pada tahun 2014, ia telah mendominasi segmen B dengan nilai kompetitif dan pelbagai ciri tambahan yang mendahului kelasnya. Situasi ini berjaya menarik perhatian pembeli segmen C untuk membeli City kerana ia menawarkan ruangan yang luas dan sistem keselamatan yang mendahului kelasnya. Pelancaran HR-V kami yang popular pula mengisi jurang dalam segmen SUV Kompak. Manakala pengenalan varian CR-V 2WD yang lebih mampu milik berjaya menarik minat pembeli kereta sedan konvensional. Walaupun faktor-faktor ini membantu pertumbuhan segmen B (+32%) dan penurunan harga SUV, ia bagaimanapun menjejaskan segmen C yang menyaksikan penurunan sebanyak 19%. Segmen C di Malaysia memang mengalami penurunan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”
Dengan Civic serba-baharu ini, Honda Malaysia percaya ia mempunyai peluang untuk memulihkan kembali segmen C yang semakin suram. Civic telah terjual lebih 80,000 unit di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2001. “Kami yakin bahawa Civic serba baharu bukan sahaja berpegang kepada namanya. Malah ia menjadi pengubah dalam segmen C menerusi rekaan bergaya, rangkaian kuasa baharu dan ciri-ciri termaju yang mendahului kelasnya. Revolusi Civic serba baharu telah meningkatkan nilai model-model sebelumnya. Ia juga menawarkan aspek kehalusan buatan dan daya saing ke satu tahap yang baru ke dalam segmennya,” kata Encik Hayashi.
Enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu yang dibangunkan di bawah “Earth Dreams Technology”Honda menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) denganprestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang. Honda Malaysia merupakan pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C. Selain dari enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV). Honda nyata selari dengan hala tuju kerajaan yang berhasrat untuk menawarkan kenderaan EEV kepada orang ramai.
Untuk mencapai “Keselesaan Tertinggi” (Superior Comfort), cabaran yang terpaksa dilalui oleh pasukan jurutera Honda adalah untuk menggabungkan reka bentuk luaran yang kemas dan aerodinamik dengan rekaan dalaman yang memberi tahap keselesaan serta keluasan kenderaan segmen D. Menerusi kepakaran Honda dalam aspek pakej kenderaan, Civic serba baharu mampu menawarkan pakej yang terbaik dalam kelasnya melalui tapak roda yang lebih panjang dan badan lebih lebar.
Kemasan pelapik lembut berkualiti tinggi dipasang untuk menyerlahkan personaliti Civic serba baharu yang ranggi dan memiliki karekter premium. Untuk mencapai kesenyapan kabin dan meningkatkan lagi kualiti pemanduan, pakej ruang dalaman Civic serba baharu dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan. Ia merangkumi pelapik pada bahagian bawah kenderaan dan sistem pengasingan bunyi bising pada pintunya. Secara keseluruhannya, Honda berjaya mengurangkan tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) untuk mencapai ketenangan yang mampu meletakkan Civic satu kelas di atas berbanding para pesaingnya.
Civic serba baharu menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Ia telah direka semula sepenuhnya untuk menjadi Civic yang paling mudah dan terhubung. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah:
- Remote Engine Start
- Walk Away Auto Lock
- Electric Parking Brake
- Auto Brake Hold
Aspek keselamatan yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting juga tidak dilupakan oleh Honda. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti:
- 6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara pada bahagian sisi)
- Vehicle Stability Assist (VSA)
- Anti-Lock Braking System (ABS)
- Electronic Brake Distribution (EBD)
- Brake Assist (BA)
- Hill Start Assist (HSA)
- Emergency Stop Signal (ESS)
- ISOFIX
Civic serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl, disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl). Dua warna baharu pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia.
Varian Civic 1.5L VTEC Turbocharged serba baharu dilengkapi sistem pemantauan pintar. Ia memberikan ketenangan minda untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi enjin. Ciri ini berfungsi bagi mengingatkan pelanggan masa untuk menukar minyak enjin melalui satu lampu pada speedometer mengenai status servis tersebut. Para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km di 88 buah pengedar Honda di seluruh negara.
Sasaran jualan Civic serba baharu ialah 1,200 unit sebulan. Harga 3 variannya adalah seperti berikut:
RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)
Dengan pelancaran model yang signifikan ini, Civic telah masuk ke dalam satu era baru. Civic serba baharu akan mengubah cara pelanggan di Malaysia menikmati dan memandu sebuah kereta. Ia juga meningkatkan harapan pelanggan terhadap kenderaan dalam segmen C dan mengubah situasi ini sepenuhnya.
Maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my atau www.ridethedream.my untuk meneroka ciri-cirinya yang menarik.
No Comment