Gaya Hidup / Lifestyle

Iklan 60 Saat Shell V-Power Baru

Bertujuan untuk menyerlahkan kepentingan menggunakan bahan api yang betul untuk melindungi enjin terhadap pengumpulan kekotoran yang melekat dan kakisan, Shell Malaysia telah melancarkan kempen Shell V-Power baru yang bertumpu kepada perlindungan.

Ciri utama kempen ini adalah iklan 60 saat baharu yang menarik, yang dibuat dengan mercu gaya  filem blockbuster Hollywood untuk menceritakan kepentingan perlindungan enjin sambil mengekalkan minat penonton.

Video ini, yang mempunyai kesan khas state-of-the-art daripada pakar CGI yang menghasilkan banyak filem-filem utama Hollywood, menggambarkan adegan kejar-mengejar kereta yang mendebarkan dimana kereta yang dilindungi oleh Shell V-Power sedang dikejar oleh makhluk yang boleh bertukar-tukar bentuk mewakili gunk & kakisan . Mengelakkan mereka dengan elegan. Babak terakhir menunjukkan makhluk gunk & kakisan dikalahkan kerana mereka dengan bodohnya mengekori kenderaan ke sebuah stesen minyak Shell.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shell V-Power, layari www.shell.com.my/vpower

 

 

Previous post

Harga Lithium Naik Tapi Harga Bateri Kereta Stabil

Next post

Mini Kini Tak Lagi Mini ...... Ianya Tinggi, Luas & Serba Boleh

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *