Jaguar Land Rover Saman Jiangling Motor Kerana Meniru Evoque
Jaguar Land Rover (JLR) telah mengambil keputusan untuk menyaman syarikat permbuat kereta China iaitu Jiangling Motor kerana meniru reka bentuk Range Rover Evoque miliknya.
SUV yang dinamakan Landwind X7 itu mempunyai rupa luaran yang saling tidak tumpah seperti Evoque, yang juga dipasang di negara itu sejak dua tahun lalu. Ia mempunyai tahap teknologi dan prestasi yang jauh berbeza dan dijual di pasaran pada harga 1/3 dari crossover kelahiran Britain itu.
Walaupun banyak kenderaan tiruan telah dikeluarkan di China, syarikat-syarikat pembuat kereta yang menjadi mangsa secara amnya tidak akan mengambil tindakan undang-undang kerana kebarangkalian untuk menang adalah tipis. Perbuatan itu juga boleh memberi persepsi buruk terhadap syarikat-syarikat tersebut.
Namun, jika JLR menang kes ini, ia mungkin dapat mendorong pembuat kereta lain untuk mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat China yang tidak beretika ini.
No Comment