Gaya Hidup / Lifestyle

Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah Di Paul Ricard Dengan 47 Kereta Di Grid

Litar Paul Ricard di Le Castellet, Perancis akan menjadi tuan rumah kepada 47 buah kereta lumba dalam pusingan ketiga Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah hujung minggu ini.

Ia bermula dengan kelas PRO, di mana empat krew terikat dengan perbezaan hanya lapan mata. Selepas mendapat kejayaan pertamanya di Silverstone, Vito Postiglione dari Imperiale Racing menerajui senarai kedudukan pelumba, diikuti oleh pelumba Denmark berusia 23 tahun Dennis Lind (Raton Racing) dan pasangan Nicola de Marco dan Fabrizio Del Monte dari Team Lazarus, yang terikat dengan Martin Kodric dari Bonaldi Motorsport di tempat ketiga.

Juara PRO-AM 2015 Loris Spinelli dan rakan sepasukannya Enrico Fulgenzi dari Antonelli Motorsport juga mengintai peluang. Perhatian juga harus diberikan kepada pelumba muda Estonia Harald Schlegelmilch dari Artline Team Georgia dan bekas pemandu F1 Nicola Larini, yang sering meraih mata dengan pasukan Petri Corse.

Lamborghini Blancpain Super Trofeo

Bagi pasangan Bonaldi Motorsport, Adrian Amstutz dan Patrick Kujala, kemenangan di Perancis akan meluaskan lagi jurang antara mereka dan Nicolas Armindo/Henry Hassid dari Konrad Motorsport. Pasukan ‘bawah 20’ Antonelli Motorsport yang terdiri dari Andrea Fontana dan Lorenzo Veglia dilihat akan menebus kekecewaan yang dialami di Silverstone, sama seperti Raffaele Giannoni (Automobile Tricolore) dan Simone Pellegrinelli (Imperiale Racing). Duo Raton Racing, Sergio Campana dan Dimitri Deverikos juga ingin memperbaiki kedudukan selepas memenangi tempat ketiga pada perlumbaan 2 di pusingan sebelum ini.

Pemandu Belanda Rik Breukers (GDL Racing) yang memenangi tiga perlumbaan setakat ini dipindahkan ke kelas PRO-AM. Pasukan dari San Marino itu akan menempatkan kereta ketiga yang akan dipandu oleh Lim Keong Wee dari Singapura. Berada di tempat kedua senarai pelumba dengan perbezaan 20 mata dengan pendahulu adalah Steve Tandy dari Imperiale Racing.

Dalam Piala Lamborghini, Tim Richards (M-Tech) mendahului kedudukan dengan dua kemenangan dan kelebihan dua mata di atas Gerard Van der Horst (Van der Horst Motorsport).

Perlumbaan ini akan diadakan pada hujung minggu yang sama dengan 1000KM of Ricard, di bawah Piala Blancpain GT Series Endurance. Dua sesi latihan akan diadakan pada hari Jumaat. Perlumbaan 1 akan diadakan pada hari Sabtu, manakala perlumbaan 2 akan bermula keesokannya.

 

Previous post

Tayar Serba Baharu 4x4 Dicuba & Diuji

Next post

Supermoto Husqvarna FS 450 Dikemaskini Untuk 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *