Lotus 3-Eleven Dan Elise 250 Cup Siap Dipasang Di Hethel
Dua model yang paling ekstrem pernah dihasilkan leh Lotus iaitu Lotus 3-Eleven dan Elise Cup 250 secara rasminya telah dikeluarkan di kilang syarikat itu di Hethel.
Dibangunkan menerusi falsafah ‘Lightweight Laboratory’ yang sinonim dengan jenama itu, kedua-dua kenderaan ini mewakili generasi terbaru kereta sport Lotus.
3-Eleven
Model unik ini merupakan kereta yang terpantas dan juga termahal pernah dihasilkan oleh syarikat itu. Dengan 460 hp dari enjin V6 supercharge, 3-Eleven hanya memerlukan 2.9 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j dan mampu memecut sehingga 290 km/j.
Ia mempunyai badan karbon komposit serta casis aluminum yang direka khas. Menurut Lotus, 3-Eleven ialah salah satu kereta yang terpantas di litar Nurburgring dengan catatan masa bawah 7 minit.
Elise 250 Cup
Kereta sport cilik ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 248 km/j. Ia dikuasakan oleh enjin supercharge 1.8 liter empat silinder yang menghamburkan 243 hp.
Bukan itu sahaja, dengan berat 923 kg, Elise 250 Cup ini sebenarnya 21 kg lebih ringan dari model terdahulu. Pelanggan yang mahukan kereta yang lebih ringan untuk prestasi lebih hebat boleh memilih pakej Carbon Aero untuk berat keseluruhan 921 kg.
No Comment