Naza Quest Tampil Dengan Kempen Hari Raya Chevrolet
Pengedar rasmi Chevrolet di Malaysia, Naza Quest Sdn. Bhd. bersiap sedia untuk musim perayaan yang menjelang dengan kempen tahunan Chevrolet Raya dan kempen Raya Drive Safe.
Kempen Chevrolet Raya yang berlangsung dari 26 Mei hingga 31 Julai 2016 menawarkan rebat tunai sehingga RM8,888 untuk model Cruze dan Orlando atau perkhidmatan servis percuma untuk lima tahun atau 100,000 km. Sementara itu, model Colorado dan Colorado Sport ditawarkan dengan rebat tunai berjumlah RM3,000.
Bergantung pada model dan varian, Chevrolet Malaysiamenawarkan jaminan pengeluar selama lima tahun demi ketenangan pemilik. Kenderaan Chevrolet juga mendapat penilaian lima bintang dari Euro NCAP sekaligus mematuhi empat ciri keselamatan iaitu impak depan dan sisi, ujian whiplash dan teknologi pemanduan.
Bagi kempen Raya Drive Safe , yang juga berlangsung dari 26 Mei hingga 31 Julai 2016, Naza Quest menawarkan langkah pemeriksaan di 40 bahagian dan keahlian Chevy Assist percuma selama setahun.
Selaras dengan kempen-kempen ini, Naza Quest juga melancarkan kempen ‘Pandu Uji & Servis untuk Menang’ dari 26 Mei hingga 15 Ogos 2016. Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu uji pandu atau servis kenderaan mereka di bilik pameran yang terdekat dan lengkapkan borang berserta bukti pandu uji/servis.
Tiga cabutan rawak akan dilakukan setiap bulan dan pemenang bakal membawa pulang kamera aksi Xiaomi Xiaoyi Action Cam Shocking Package dengan kayu selfie dan bekas kalis air untuk tempat pertama, kamera kereta DVR HD untuk tempat kedua dan jersi Manchester United untuk tempat ketiga. Pemenang hadiah utama yang akan diumumkan di akhir kempen akan menerima pakej percutian ke Hong Kong dengan kemudahan hotel dan tiket penerbangan pergi-balik untuk dua orang.
No Comment