Gaya Hidup / Lifestyle

Nikmati Promosi Hari Raya Besar-Besaran Dari Mitsubishi Motors Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sedang menawarkan rebat menarik bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelanggan yang menempah dan mendaftar Mitsubishi baru mulai hari ini hingga 31 Julai akan menikmati rebat tunai sehingga RM8,000 dan program jaminan percuma sehingga lima tahun.

  • Outlander serba baharu yang dijual pada harga RM168,800 ditawarkan dengan program servis percuma selama setahun dan pakej waranti lima tahun atau 100,000 km.
  • Triton VGT Adventure ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM7,500 dan pakej waranti tiga tahun atau 100,000 km. Ianya dijual pada harga RM116,053.
  • ASX ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM8,000 dan jaminan sehingga lima tahun dengan perbatuan tanpa had. SUV kompak itu berharga RM105,744.31 bagi varian 2WD -GL, RM115,468.71 untuk varian 2WD dan RM129,010.43 untuk varian 4WD.

Mitsubishi Servis Raya

Pelanggan sedia ada boleh memanfaatkan ‘Servis Raya Sama -Sama Ceria’ yang ditawarkan MMM sebelum perjalanan pulang ke kampung. Pelanggan yang menghantar kereta mereka untuk servis dengan invois bernilai RM400 dan ke atas pula boleh menikmati kos perkhidmatan percuma. Mereka juga akan menerima set pemegang tisu dan tabung syiling eksklusif dari 15 Jun hingga 31 Julai, sementara stok masih ada.

Pakej penyelenggaraan MMM menawarkan kos buruh dan minyak pelincir percuma. Bahagian-bahagian lain dalam pakej penyelenggaraan percuma ini termasuklah minyak enjin, penapis minyak, penapis udara, cecair brek, penyejuk, minyak differential serta minyak kotak gear.

Mitsubishi Bazaar Ramadhan

Pelanggan yang mengambil pinjaman dengan Maybank akan menikmati kadar faedah istimewa dari serendah 1.8% dan ansuran bulanan sebanyak RM561 (untuk model Mitsubishi terpilih sahaja).

Bersempena dengan sambutan Hari Raya, MMM juga akan singgah di bazar Ramadhan terpilih dari 6 Jun hingga 31 Julai, di mana kurma percuma akan diedarkan dan barangan-barangan eksklusif boleh dimenangi. Sila layari http://mitsubishi-motors.com.my/roadshow untuk maklumat lanjut.

Previous post

Yamaha 125ZR Dijual Lebih Mahal Dari Harga Yang Disyorkan

Next post

Gangguan Bekalan Air Dan Tekanan Rendah Di Kawasan R&R Gambang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *