Peningkatan Nilai Jenama Mercedes Terbaik
nilai jenama Mercedes ‘meningkat pada kadar tertinggi mengikut kajian BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands 10 jenama di bahagian automotif. Pembuat berpangkalan di Stuttgart meningkatkan nilai jenamanya sebanyak 4% kepada USD22.7 bilion, yang membantu ia terus memegang di tempat No 3.
Mercedes telah banyak mendapat manfaat daripada sedan E-Class serba baru dan jualannya teramat baik tahun ini, terutama di China. Mercedes Benz mempunyai siri model-model yang khusus untuk setiap satu sasaran pengguna.
Penyebaran portfolio memang benar-benar mendatangkan hasil terutama di Malaysia di mana ia telah melonjat kehadapan dengan ketara dalam segmen kereta mewah pada tahun 2015 dan juga pada suku pertama 2016.
No Comment