Peugeot 408 e-THP Serba Baharu – RM143,888
Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, telah melancarkan Peugeot 408 e-THP serba-baharu, sedan eksekutif C-segment yang dikatakan mempunyai kualiti bertaraf D-segment.
Aspek luaran 408 e-THP didominasi ciri-ciri seperti lampu hadapan LED dengan fungsi automatik, cermin sisi automatik dengan lampu penunjuk LED, lampu belakang LED, gril krom hadapan dengan logo singa Peugeot di tengah, serta rim aloi 17 inci rekaan ‘Rubis’. Kereta yang menggunakan platform Efficient Modular Platform 2 (EMP2) itu dikatakan 140 kg lebih ringan dan 20 mm lebih rendah dari model terdahulu.
Kabinnya yang pernah mendapat anugerah ‘Most Beautiful Interior’ dari Annual Festival Automobile International ke-29 mengenengahkan empat komponen utama: roda stereng sport dengan kemasan kulit, panel instrumen head-up, konsol tengah yang tinggi, dan skrin HD 9.7 inci.
Selain itu, terdapat juga tempat duduk dengan kemasan kulit (dengan lumbar elektrik dan fungsi urut untuk tempat duduk pemandu), sistem bunyi Arkamys dengan enam pembesar suara, USB, Bluetooth, brek parkir elektrik, butang penghidup enjin, sistem keyless, kamera undur dan juga penyaman udara dua zon.
Model 408 e-THP ini dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 1.6 liter e-THP yang menghamburkan kuasa sebanyak 167 PS dan tork 245 Nm. Dilengkapi dengan kotak gear automatik enam kelajuan dengan teknologi Quickshift, sedan ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 8.2 saat, dan mencapai kelajuan maksimum 215 km/j. Ia mempunyai kecekapan bahan api 6.5 liter untuk 100 km.
Dari segi keselamatan, 408 e-THP ini dilengkapi dengan enam beg udara, Electronic Stability Program (ESP), ABS, EBD, Emergency Brake Assist (EBA), Anti-Skid Regulation (ASR), Dynamic Stability Control (DSC) dan Smart Park Assist II. Hill Start Assist, ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak , dan Blind Spot Information System (BLIS) turut disediakan.
Peugeot 408 e- THP boleh didapati dalam enam pilihan warna: Aluminium, Alpine White, Lucifer Red, Premium Black, Aster Grey dan Bourrasque Blue. Ia dijual pada harga RM143,888 (OTR dengan insurans) termasuk jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, servis Peugeot Roadside Assistance untuk tiga tahun, akses percuma ke Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege.
No Comment