Berita Auto

Porsche 911 Carrera Generasi Baharu Dilancarkan – Dari RM870,000

Pertama kali muncul di Frankfurt Motor Show 2015, Porsche 911 Carrera baharu akhirnya masuk ke pasaran Malaysia. Dilancarkan hari ini oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), model ini ditawarkan dalam varian Carrera, Carrera S dan Carrera 4S.

Porsche 911 Carrera Launch 01

Rupa luarannya dikemaskinikan dengan lampu hadapan LED baru, lampu belakang dengan gaya tiga dimensi, pemegang pintu yang lebih kemas serta rim dalam pelbagai rekaan terkini. ‘Decklid’ belakangnya juga diberi nafas baru dengan lubang menegak.

Porsche 911 Carrera Launch 03

Kabinnya pula menerima roda stereng dengan butang kawalan mod ala 918 Spyder (pilihan road stereng GT juga disediakan) dan paparan sentuh bersaiz 7.0 inci yang menempatkan sistem infotainmen Porsche Communication Management. Sistem tersebut menyediakan fungsi Apple CarPlay, navigasi atas talian serta kawalan suara.

Walaupun terkenal dengan enjin ‘naturally aspirated’, 911 Carrera kali ini menggunakan khidmat enjin dwi-turbo 3.0 liter enam silinder baru yang mampu menjana kuasa sehingga 370 PS dan 450 Nm. Dengan kotak gear PDK tujuh kelajuan dan pakej Sport Chrono, kereta sport itu mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.2 saat dan mencapai kelajuan maksimum 293 km/j.

Porsche 911 Carrera Launch 02

Model 911 Carrera S dan Carrera 4S pula mendapat 420 PS dan 500 Nm hasil dari talaan pada enjin, membolehkan ia mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa 3.9 saat (3.8 saat untuk Carrera 4S) dan memecut sehingga 306 km/j (303 km/j untuk Carrera 4S). Dari aspek kecekapan bahan api, 911 Carrera mencatat 7.4L/100 km, 911 Carrera S mencatat 7.7L/100 km, manakala 911 Carrera 4S mencatat 7.9L/100 km.

Porsche Active Suspension Management (PASM) yang 10 mm lebih rendah juga disertakan sebagai sebahagian dari pakej Sport Chrono. Bukan itu sahaja, 911 Carrera S dan Carrera 4S juga boleh didatangkan dengan teknologi ‘rear axle steering’ yang mengawal sudut belokan tayar belakang

Porsche 911 Carrera Launch 04

Untuk pengalaman yang lebih mengujakan, empat mod pemanduan iaitu ‘Normal’, ‘Sport’, ‘Sport Plus’ dan ‘Individual’ boleh dipilih melalui butang pada road stereng. Model 911 Carrera S dan Carrera 4S juga didatangkan dengan butang ‘Sport Response’ yang menyediakan kuasa pecutan maksimum selama 20 saat.

Satu-satunya model dengan sistem all-wheel drive, pengendalian 911 Carrera 4S dipertingkatkan lagi dengan Porsche Traction Management (PTM). Sistem hidraulik untuk gandar hadapan juga disediakan untuk pemanduan yang lebih mudah.

Porsche 911 Carrera Launch 05

Untuk harganya pula, Porsche 911 Carrera dijual bermula dari RM870,000, 911 Carrera S dari RM970,000, dan 911 Carrera 4S pula dari RM1,040,000. Semua harga tersebut termasuk waranti selama empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

 

 

Previous post

Volvo Umum V40 T5 Drive-E - RM192,888

Next post

Porsche Macan GTS Kini Tiba Dengan Harga RM710,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *