Proton Sedia Pemeriksaan Keselamatan Percuma Untuk Hari Raya
Selari dengan tradisi sambutan perayaan Hari Raya, Proton sekali lagi menyediakan pemeriksaan keselamatan 20-mata percuma kepada pelanggannya di stesen Petronas yang terpilih. Inisiatif ini merupakan kerjasama bersempena kempen Petronas “Coffee Break”.
Pemeriksaan keselamatan percuma ini sah dari 2 hingga 4 Julai 2016, dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Wakil-wakil Proton akan ditempatkan di 10 stesen yang berbeza di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan.
Pemeriksaan keselamatan 20 mata ini termasuk pemeriksaan ke atas sistem brek, suspensi, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan pencuci bilah. Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pemilik Proton juga akan dibekalkan dengan beg cenderahati yang diisi kuih-muih dan air mineral sebagai tanda penghargaan.
Pelanggan boleh singgah di mana-mana stesen Petronas seperti yang tertera di bawah:
Kawasan Pusat Bandar
– Stesen Petronas NKVE Subang, Selangor
– Stesen Petronas Penchala Link, Selangor (arah Damansara)
Kawasan Utara
– Stesen Petronas Taman Nilam Sari, Sungai Petani, Kedah
– Stesen Petronas Bandar Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
– Stesen Petronas Tok Kangar, Juru, Penang
Kawasan Selatan
– Stesen Petronas Air Keroh 3, Peringgit, Melaka
– Stesen Petronas Bakri 2, Muar, Johor
Kawasan Pantai Timur
– Stesen Petronas Bentong R & R, Bentong, Pahang
– Stesen Petronas Gambang Arah Timur, Kuantan, Pahang
– Stesen Petronas Taman Guchil Jaya, Kuala Krai, Kelantan
No Comment