Reaksi Brexit Kepada Nilai Stok Kereta Berjenama di Britain
Berbilion-bilion pound sterling British telah dihapuskan kerana nilai perdagangan kebanyakan syarikat-syarikat termasuk syarikat-syarikat kereta yang meraih keuntungan dari EU. Kerugian yang dihadapi oleh pelabur sama, tetapi ada yang berkerugian lebih teruk daripada yang lain.
Bergantung kepada dari sudut mana anda melihatnya, Volkswagen menurun di antara 5% dan 9%. Begitu juga dengan BMW. Daimler AG pula menurun ke 8.2% dan Nissan 8.1%.
Bagi memastikan perdagangan stabil, Honda, Nissan atau mana-mana syarikat lain yang memasang kereta di Britain akan cuba mengikut peraturan. Tetapi jualan dan / atau keuntungan akan terjejas.
Menariknya, angka-angka ini itu mencadangkan perdagangan dengan Jepun akan lebih teruk.
Dan ini hanya permulaan. Ia tidak masuk akal untuk Honda yang sudah bergelut untuk masih menyimpan kilangnya di Swindon, terutama kerana sebahagian besar daripada pengeluaran untuk Eropah atau, bermula pada tahun 2017, Amerika Syarikat. Perkara seperti ini tidak berlaku setiap hari atau setiap dekad. Keutamaan EU sekarang adalah untuk menahan negara-negara lain daripada mengikut contoh British.
No Comment