Berita Auto

Siri TCR Asia: Andy Yan Muncul Juara Dua Kali Berturut-turut Di Thailand

Siri perlumbaan TCR Asia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram hujung minggu lalu menyajikan aksi-aksi menarik samada semasa pusingan latihan, kelayakan atau perlumbaan sebenar.

Peminat yang datang dengan penuh keterujaan menyaksikan perlumbaan sengit antara pelumba-pelumba utama siri itu, termasuk tuan rumah dan pendahulu kutipan mata Tin Sritrai, Jack Lemvard dan juga Andy Yan yang mewakili Volkswagen.

2016-TCR Asia - Thailand 0616---TCRAsia_BIC_R1_Yan_120616_med

Bagaimanapun, Sritrai terpaksa menghadapi kekecewaan gagal menghabiskan kedua-dua perlumbaan akibat kerosakan teknikal yang dialami Honda Civicnya. Lemvard juga kurang bernasib baik apabila terpaksa keluar awal dari perlumbaan setelah mengalami perlanggaran dengan Kevin Tse.

Lain pula ceritanya dengan Andy Yan dari pasukan Liqui Moly Team Engstler yang memandu Volkswagen Golf GTI. Pemandu kelahiran Hong Kong itu muncul juara dalam kedua-dua perlumbaan untuk kali pertama dalam karier TCRnya, sekaligus membawa pulang mata berharga untuk mendahului senarai kedudukan pelumba di hadapan Tse.

2016-TCR Asia - Thailand 0616---TCRAsia_BIC_R1_start_120616_med

Siri TCR Asia akan mengambil rehat yang panjang sebelum bersambung dengan acara ketiga musim ini di Shanghai, China pada 19-21 Ogos.

 

Previous post

Mercedes-AMG Acah GT Rnya

Next post

Porsche Bawa Misi Pertahan Kejuaraan Di Le Mans

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *