Motosikal / Skuter / Roda

Topi Keledar Bell Dengan Teknologi MIPS

Setelah terbukti berkesan pada topi keledar basikal, Bell kini memperkenalkan teknologi Multi-Directional Impact Protection System (MIPS) ke barisan produk motosikalnya.

Ia merupakan ciri yang penting kerana menawarkan perlindungan tambahan. Dalam situasi kemalangan, apabila kepala yang berputar laju berhenti secara mengejut, tisu di bahagian otak akan meregang dan ini boleh menyebabkan pelbagai jenis kecederaan otak.

Bell Helmets MIPS 02

MIPS menggunakan sistem lapisan ‘slip-plane’ yang berputar di dalam topi keledar dengan tujuan memperlahankan atau mengurangkan jumlah tenaga yang dipindahkan dari atau ke kepala. Sains mengatakan jika kita dapat mengurangkan tekanan yang berkaitan dengan pecutan putaran, risiko dan tahap kecederaan otak mungkin dapat dikurangkan.

Teknologi Flex Impact Liner Bell juga digunakan untuk “perlindungan berlapis” dengan tidak kurang dari tiga bahan berbeza untuk impak pada pelbagai kelajuan.

MIPS akan mula ditawarkan pada dua topi keledar off-road iaitu MX-9 dan MX-9 Adventure dan satu pada produk ‘street’ nya iaitu Qualifier DLX.

 

Previous post

Lamborghini Aventador Miura Penghormatan Ulangtahun Ke 50 Miura

Next post

Dennis Lind Bolot Kemenangan Di Paul Ricard

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *