Volvo Umum V40 T5 Drive-E – RM192,888
Rangkaian kuasa Drive-E Volvo yang menawarkan gabungan prestasi dan kecekapan bahan api kini boleh didapati pada model Volvo V40 T5.
Digandingkan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan, V40 T5 Drive -E menghasilkan 245 hp dan tork maksimum 350 Nm dari 1,500 rpm hingga 4,800 rpm. Ini membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.3 saat dan mencapai kelajuan maksimum 240 km/j.
Walaupun mengeluarkan 32 hp dan 50 Nm lebih daripada sebelumnya, model ini lebih efisyen dengan kadar penggunaan bahan api 6.1L/100 km dan pelepasan CO2 yang lebih rendah iaitu 143 g/km.
Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata V40 T5 menawarkan ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti City Safety, Blind Spot Information System, Cross Traffic Alert and Park Assist Pilot.
Harga runcit (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk GST) bagi Volvo V40 T5 Drive-E adalah RM192,888, termasuk jaminan lima tahun dan khidmat Volvo-on- Call Roadside Assist selama lima tahun. Ia boleh didapati dalam lima warna iaitu Ice White, Ember Black, Raw Copper, Bright Silver dan Osmium Grey.
No Comment