Berita Auto

Volvo XC90 T8 Twin Engine Versi CKD Dilancarkan – Harga Dari RM403,888

Sempena ulang tahun ke-50 ia di Malaysia, Volvo Car Malaysia telah melancarkan Volvo XC90 T8 Twin Engine versi CKD yang dipasang di kilang Volvo Car Manufacturing Malaysia di Shah Alam. Ini meletakkan Malaysia sebagai negara pertama di luar Sweden yang memasang kenderaan plug-in hybrid elektrik (PHEV) tersebut.

Volvo XC90 CKD 07

Dari segi spesifikasi, tidak ada yang berubah dengan versi yang diimport (CBU). Seperti sebelum ini, SUV ini menampilkan rekaan kemas dengan lampu hadapan LED “Thor’s Hammer”, gril hadapan yang dikemaskini, lampu belakang LED serta rim 20-inci dengan tayar bersaiz 275/45.

Volvo XC90 CKD 08

Bahagian dalamannya pula dihiasi kemasan kulit Nappa berwarna hitam, kemasan kayu pada papan pemuka, tombol gear kristal rekaan syarikat terkemuka Orrefors serta butang kawalan suara dan penghidup enjin dengan rekaan berlian. Antara teknologi yang disertakan dalam SUV ini termasuklah sistem Sensus Connect High yang boleh diakses melalui skrin sesentuh bersaiz sembilan inci.

Volvo XC90 CKD 02

Seperti biasa, varian XC90 T8 Twin Engine ini dikuasakan oleh gabungan enjin turbo 2.0 liter empat silinder dan sebuah motor elektrik di gandar belakang yang mampu menghasilkan kuasa kesuluruhan sehingga 407 hp dan 640 Nm. Ini membolehkan SUV ini memecut dari 0 hinggan 100 km/j dalam 5.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 230 km/j. Mod pemanduan elektrik sepenuhnya pula boleh digunakan sehingga 43 km.

Volvo XC90 CKD 04

Menurut Volvo, model XC90 T8 Twin Engine versi CKD ini didatangkan dalam lima pilihan warna: Ice White, Onyx Black, Saville Grey, Twilight Bronze dan Bright Silver. Ia dijual pada harga RM403,888 iaitu RM50,000 lebih murah dari model versi CBU.

 

Previous post

BMW Group Malaysia memberi “teaser” tentang pengenalan Model BMW X5 xDrive 40e Hybrid menerusi kempen #ElectricDrivingPleasure.

Next post

Proton Preve Sekarang di Chile

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *