Alex Yoong Raih Kemenangan Pertama Musim Ini
Juara bertahan Alex Yoong dari Audi TEDA Racing muncul juara dalam pusingan 3 Piala Audi R8 LMS 2016 di hadapan Alessio Picariello dari MGT by Absolute dan Marchy Lee dari Audi Hong Kong. Kemenangan itu meletakkan Yoong sebagai pendahulu siri dengan 52 mata, sementara dibelakangnya Picarellio dengan 47 mata dan Rahel Frey 44 mata.
Perlumbaan penuh aksi itu menyaksikan Picariello dan Lee bersaing antara satu sama lain, manakala Yoong pula mengambil peluang untuk memotong kedua-dua pesaingnya. Picariello bangkit untuk memberikan tekanan namun Yoong menggunakan pengalamannya untuk terus mendahului perlumbaan.
Di belakang mereka, Lee memenangi pertarungan antara pemandu Jepun baru iaitu Ryo Ogawa dari KCMG, yang melintasi garisan penamat di hadapan Cheng Congfu.
Peminat-peminat Thai yang datang menyaksikan perlumbaan turut disajikan aksi sengit antara Jan Kiesel, Aditya Patel, Frey dan K.O. You. Frey menyertai perlumbaan sebagai pendahulu kejohanan, namun ketinggalan semasa aksi Shootout ketika sesi kelayakan menyebabkan dia terpaksa bermula dari petak kesembilan.
Pemenang pusingan 1 iaitu Martin Rump dari Champion Racing juga menghadapi kesukaran, Masa Superpole nya dipadam selepas melebihi had litar, dan dia terpaksa keluar dari litar selepas berlanggar dengan You di pusingan 3. Namun, pemandu Estonia itu akhirnya berjaya mencatat masa terpantas pusingan tersebut untuk bermula dari petak pertama dalam pusingan 4 yang akan berlangsung esok.
Jeffrey Lee dari Team Audi Volkswagen Taiwan menghabiskan perlumbaan di tempat pertama dalam Piala Amatur di hadapan Vincent Floirendo dan Sun Jingzu. Juara bertahan Piala Amatur, Daniel Bilski pula mencapai kemenangan dalam klasifikasi Piala Masters.
No Comment