Gaya Hidup / Lifestyle

Apa Salahnya Dengan Satu Standard Global Untuk SEMUA Kereta

Mencari kereta dengan pelepasan bersih, struktur dan kabin yang lebih selamat menelan kos yang tinggi untuk pembuat kereta setiap tahun dan kos tambahan ini dimasukkan semula dalam harga jualan kereta dan akhirnya pengguna yang membayar bagi peraturan-peraturan ketat yang tidak standard global. Jika semua negara bersetuju menetapkan  standard yang sama, maka pengeluar kereta boleh mengurangkan kos dan berkongsi apa yang dijimat dengan pembeli.

 

car1

Peraturan keselamatan auto berbeza  di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menelan belanja pembuat kereta global sebanyak USD2.26 bilion setiap tahun, menurut kajian yang dijalankan oleh pembuat kereta global baru-baru ini yang menyokong penjajaran rejim pengawalseliaan yang berbeza.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Kajian ini telah dijalankan oleh Center for Automotive Research dan ditauliahkan oleh Alliance of Automobile Manufacturers. Ia menyelidik 116 “kumpulan varian kenderaan” dengan model yang dijual di Amerika Syarikat dan EU, yang dibuat oleh pembuat Amerika Syarikat dan Eropah . Kajian mendapati bahawa pembuat menanggung diantara USD1.68 bilion dan USD2.26 bilion sebagai kos tambahan kerana peraturan-peraturan keselamatan yang berbeza pada tahun 2014.

 

Previous post

Renault-Nissan Alliance Sertai Majlis Perniagaan Dunia Bagi Pembangunan Lestari

Next post

Porsche Panamera 2017. Video Sedan DIESEL Terpantas Di Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *