BMW Group Malaysia Perkenalkan BMW 5 Series Edisi Terhad yang Istimewa Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 BMW Group.
Sempena sambutan ulang tahun ke-100 BMW Group di seluruh dunia, BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan BMW 528i M Performance Edition edisi terhad. Hanya 100 unit sedan premium baharu yang istimewa ini ditawarkan.
Ketika memperkenalkan BMW 528i M Performance Edition, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Pada sambutan tahun ke-100 BMW Group, kami di BMW Group Malaysia bukan sahaja terus mengembangkan portfolio kukuh model-model mewah di Malaysia, kami juga sentiasa mencari peluang untuk memastikan lebih ramai pelanggan di Malaysia dapat menikmati pengalaman pemilikan sebuah kenderaan BMW yang premium. Daripada produk-produk baharu, progam jaminan yang mendahului industri sehinggalah faedah-faedah istimewa dan manfaat yang diterima hasil program insentif EEV dan kini jentera edisi terhad, kami sememangnya meneruskan sambutan 100 tahun di sini.”
BMW 528i M Performance Edition baharu merupakan satu bukti kesempurnaan. Ia menawarkan ekspresi sukan bermotor kepada dunia sedan premium. Selain perkadaran yang dinamik dan reka bentuk moden, gril kidney BMW 528i M Performance Edition baharu hadir dalam warna hitam. Sekali gus memberikannya penampilan yang lebih agresif dan karekter signatur sebuah jentera M Performance.
Dengan pakej M Performance Aerodynamics, BMW 5 Series bukan sahaja mampu menangani apa jua halangan di hadapan, malah dapat menyerlahkan karekter atletik sedan premium ini. Karekter sukan bermotor jentera ini diserlahkan lagi pada bahagian hadapan menerusi bampar yang dipasang dengan kemasan gentian karbon M Performance. Pada bahagian belakang pula, spoiler belakang dan skirting sisi gentian karbon bersama jalur signatur M Performance nyata membezakan sedan ini dengan model yang lain.
BMW 528i M Performance Edition (di atas jalan, tidak termasuk insurans, bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had BMW selama 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) ditawarkan pada harga RM363,800 seunit. Ia boleh didapati di semua pengedar sah BMW di seluruh negara bermula hujung minggu ini.
No Comment