Dekati Model Kereta F1 Renault R.S. 16 di Siri Jelajah Renault
Penggemar sukan F1 kini boleh melihat model kereta F1 Renault R.S. 16 2016 dengan lebih dekat di bilik pameran Renault terpilih dan juga di lokasi-lokasi roadshow dari sekarang hingga 28 Ogos.
Model replika berskala sebenar ini didatangkan dalam warna hitam dan kuning bersempena dengan warna tradisi jenama itu. Ia akan dipamerkan selama seminggu di setiap bilik pameran dan siri jelajah yang mengambil bahagian.
Selain dari hadiah-hadiah menarik, siri jelajah itu juga menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak. Tiga stesen radio iaitu Lite FM, Era FM dan Melody FM juga akan mengadakan siaran langsung dari lokasi-lokasi yang terpilih.
Berikut adalah jadual siri jelajah kereta F1 Renault R.S. 16:
Pameran Renault F1 |
‘Weekenders’ Bilik Pameran |
Tempat |
18 – 24 Julai 2016 |
23 – 24 Julai 2016 (Sabtu & Ahad) |
Bilik Pameran Renault Petaling Jaya Lot 1A, Jalan Kemajuan, Seksyen 13 Petaling Jaya, Selangor |
25 – 31 Julai 2016 |
N/A |
Pusat Membeli-belah Setapak Central 67, Jalan Taman Ibu Kota Danau Kota, Kuala Lumpur |
1 – 7 Ogos 2016 |
6 – 7 Ogos 2016 (Sabtu & Ahad) |
Bilik Pameran Renault Glenmarie Lot 1A, Jalan Kemajuan, Seksyen 13 Petaling Jaya, Selangor |
8 – 14 Ogos 2016 |
13 – 14 Ogos 2016 (Sabtu & Ahad) |
Bilik Pameran Renault Johor Jaya Unit 3A, No 1, Jalan Johor Jaya Kawasan Perindustrian Plentong Johor Bharu, Johor |
15 – 23 Ogos 2016 |
20 – 21 Ogos 2016 (Sabtu & Ahad) |
Bilik Pameran Renault Petaling Jaya Lot 1A, Jalan Kemajuan, Section 13, Petaling Jaya, Selangor |
24 – 28 Ogos 2016 |
N/A |
Pusat Membeli-belah 1 Utama Bandar Utama Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Petaling Jaya, Selangor |
Untuk maklumat lanjut, layari www.renault.com.my atua www.facebook.com/RenaultMalaysia.
No Comment