Motosikal / Skuter / Roda

Hong Leong Yamaha Umum Panggilan Semula Untuk R25

Dalam satu kenyataan, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengesahkan yang ia akan menjalankan program penggantian yang melibatkan unit plat tekanan (pressure plate assembly) dan unit pengepam minyak (oil pump assembly) untuk siri Yamaha YZF-R25. Ia akan

Unit yang terlibat adalah model dengan nombor kerangka yang bermula dengan PMYRG1510E-000xxxx dan PMYRG1510F-000xxxx. Selain itu, unit yang mempunyai nombor kerangka dari PMYRG1510G-0004321 hingga PMYRG1510G-0006357 juga terlibat dalam program ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

HLYM akan menghantar notis individu kepada pemilik unit-unit yang terlibat dari awal bulan Ogos ini. Pemilik yang mendapat notis tersebut diminta untuk menghubungi pengedar sah Yamaha untuk membuat temujanji.

HLYM juga meminta orang ramai untuk bersabar dan teruskan menunggang dan menyelenggara motosikal mengikut buku panduan yang disediakan.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi HLYM melalui emel r25hotlinemalaysia@yamaha-motor.com.my atau melalui WhatsApp di +6017-357 9965.

Previous post

Subaru BRZ Manual 6-Speed Akan Datang Ke Malaysia

Next post

Gohed Gostan Ep 29 Hari Raya Keempat Dengan Isuzu MU-X

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *