Jualan Mitsubishi Motors Mencapai 100,000 Unit di Malaysia
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan jualannya yang sudah mencecah 100,000 unit di negara ini.
“Sejak penubuhan kami di Malaysia pada tahun 2005, MMM telah berkembang dan telah mencapai jualan terkumpul sebanyak 100,000 unit. Terima kasih kepada semua pemilik Mitsubishi atas sokongan anda dan kepercayaan dalam jenama Mitsubishi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Yang Won- Chul.
Penyumbang utama dalam pencapaian tersebut adalah Triton, ASX dan juga Lancer.
Selama beberapa tahun ini, keupayaan trak pikap 4X4 itu juga terbukti dengan beberapa anugerah yang dimenangi seperti “Autocar ASEAN Car of the Year – 4×4 Pick-up” pada 2007, “Pick-up Truck of the Year” pada 2008 dari New Straits Times, “Autocar ASEAN Pick-up Truck of the Year” pada 2010 and tempat ketiga untuk anugerah “Asian Auto Fuel Efficiency 2012”.
ASX juga pernah dinobat anugerah seperti Asian Auto Allianz Auto “Best Local Assembled SUV” pada 2014, Autocar Asean “Best Small/Midsize SUV” dan juga Cars, Bikes & Trucks “Small/Midsize SUV (4×2) of the Year”.
Yang turut menyampaikan hadiah penghargaan kepada pelanggan ke-100,000 mereka iaitu Lee Ju Hin dari Sarawak. Beliau memilih sebuah Triton Adventure yang dibeli dari Jimisar Autotrade di Kuching.
No Comment