Gaya Hidup / Lifestyle

Kemenangan Sekali Lagi Untuk Absolute Bentley di Jepun

Setelah merangkul kejayaan di Korea Selatan dan Thailand, pasukan Absolute Bentley sekali lagi muncul cemerlang di siri perlumbaan GT Asia di Okayama dengan dua kemenangan podium hasil pemanduan cemerlang Adderly Fong. Pemenang edisi 2015 memulakan dan menamatkan perlumbaan #1 di petak pertama, manakala Keita Sawa berjaya mendapat tempat pertama semasa pusingan kelayakan untuk perlumbaan #2.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Malang buat Sawa dan rakan sepasukan Jonatahan Venter apabila kerosakan akibat perlanggaran memaksa mereka untuk bersara dari perlumbaan. Christer Jöns dan Vutthikorn Inthrapuvasak yang memandu kereta #9 turut terkeluar dari saingan selepas insiden semasa perlumbaan #1.

Namun bagi Fong dan pasangan pemandunya Andrew Kim, ia merupakan hujung minggu yang sempurna buat mereka setelah mendominasi perlumbaan pertama dan mendapat podium di perlumbaan kedua. Mereka berkongsi tangga kedua dengan Marchy Lee/Shaun Thong dalam kedudukan keseluruhan.

Sesi Latihan dan Kelayakan

Adderly Fong tidak mengecewakan apabila muncul sebagai pemandu terpantas semasa sesi latihan iaitu 1:29.601 walaupun dalam keadaan litar kurang memuaskan. Jöns pula mencatat masa terpantas semasa sesi latihan kedua, manakala pasangan Venter/Sawa pula muncul di tempat kelima.

Dalam sesi kedua, giliran Sawa pula merampas tempat Fong dengan catatan masa 1:29.818, manakala Vutthikorn yang membuat kemunculan pertamanya di Okayama berpuas hati dengan masa keenam terpantas. Andrew Kim pula selesa di tempat ketujuh dengan beza masa hanya 1 saat.

GTAsiaSeries_OIC_R1_start_020716_med

Perlumbaan #1 (50 minit)

Aksi bermula pada awal perlumbaan apabila Fong dihimpit rapat Lamborghini FFF namun berjaya untuk kembali dalam kedudukan. Nasib tidak begitu baik bagi Venter yang dilanggar pada bahagian tayar kanan belakang oleh Richard Lyons yang memandu Porsche. Keadaan bertambah buruk setelah keretanya beroperasi dalam mod ‘fail-safe’ untuk setengah lap, dengan Fong terus meninggalkannya sejauh satu pusingan.

Fong yang terus memecut untuk melebarkan jurang antara pesaing terdekat sebanyak 10 saat, sebelum menyerahkan tugas memandu kepada Kim ketika hentian pit. Jöns pula mempertahankan tempat keenam miliknya, namun pertukaran dengan Vutthikorn menyebabkan mereka jatuh ke tempat ke-9, manakala Venter turut menyerahkan kereta kepada Sawa.

Vutthikorn berjaya merapatkan kedudukannya ke tempat keenam, namun terpaksa berdepan cabaran sengit dari Anthony Liu dan rakan senegara Naiyanob Bhirombhakdi. Namun, perlanggaran teruk berlaku di selekoh kelima, menyebabkan gandar belakang patah dan tayar Bentley itu tercabut. Kim memintas garisan penamat dengan beza hampir 20 saat, mankala Sawa pulih di tempat ke-12.

GTAsiaSeries_OIC_R1_podium_020716_med

Perlumbaan #2 (60 minit)

Sawa yang bermula dari petak pertama berjaya meninggalkan pesaingnya kecuali Marchy Lee. Pemandu Jepun itu gagal menjauhkan diri dari pemandu Audi itu, dan isu teknikal akhirnya menyebabkan dia dipintas. Kereta diserahkan kepada Venter, namun terpaksa dikeluarkan dari perlumbaan selepas hanya beberapa pusingan.

Andrew Kim yang memenangi perlumbaan #1 berjaya memberikan tekanan kepada Vutthikorn sebelum kereta diserahkan kepada Fong semasa hentian pit. Walaupun ketinggalan akibat penalti masa yang diperoleh selepas menang perlumbaan pertama, Fong berjaya mengekori barisan pendahulu perlumbaan dengan tekanan sengit dari Alex Yoong dan Gianmaria Bruni.

Jöns berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ketujuh tanpa sebarang maslaah manakala Vutthikorn pula kin di tempat kelima kejohanan selepas memungut mata beharga.

 

 

Previous post

Gohed Gostan Ep 27 Hari Raya Kedua Dengan Isuzu MU-X

Next post

Mazda Jalin Kerjasama Dengan Isuzu Untuk Trak Pikap Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *