Lamborghini Catat Dua Kemenangan Di Itali dan Kejayaan Sulung GT Asia di Jepun
Ia merupakan hujung minggu yang penuh ganjaran untuk Lamborghini Squadra Corse, dengan tiga kemenangan dalam masa 48 jam dengan Huracan GT3 di Itali dan Japan. Peserta-peserta Program Pemandu Muda GT3 mereka turut mendapat tempat tertinggi di podium, menandakan kepentingan program tersebut.
Kemenangan berganda di Kejohanan GT Itali
Kita bermula dari litar Mugello dengan pusingan keempat kejohanan GT Itali. Dalam perlumbaan pertama, kejayaan pertama musim ini datang dari Riccardo Agostini dan Alberto Di Folco dari Antonelli Motorsport. Walaupun bermula dari petak kelima, dua bakat muda itu merangkul kejayaan dengan pemanduan mantap dan sempurna.
Di belakang kedua pemandu itu, dengan beza tidak sampai satu saat, adalah sebuah lagi Huracan GT3 milik Ombra Racing, yang memulakan perlumbaan di tempat kelapan dan menghabiskannya di tempat kedua dengan Alex Frassineti dan Stefano Gattuso.
Perlumbaan kedua pula menyaksikan kejaayan milik Imperiale Racing dengan pemandu Mirko Bortolotti dan Jeroen Mul. Selepas mencatat masa kelayakan terpantas, pasukan itu memulakan perlumbaan di petak pertama grid tetapi berhempas-pulas dengan Ferrari 488 pasukan Black Bull Swiss hingga ke akhir perlumbaan.
Kejayaan pertama dalam siri GT Asia
Di Fuji Speedway di Jepun pula, sebuah lagi Huracan GT3 menghabiskan perlumbaan di hadapan pesaingnya. Kereta pasukan FFF Racing yang dipandu oleh dua bakat muda GT3 Lamborghini iaitu Andrea Amici dan Edoardo Liberati mendominasi sepanjang hujung minggu tersebut.
Pemandu-pemandu Itali itu berjaya mendapat petak pertama grid, tempat kedua dalam perlumbaan pertama dan tempat pertama dalam perlumbaan kedua. Keputusan ini meletakkan Amici dan Liberati ke posisi teratas senarai kutuipan mata.
No Comment