Berita Auto

Mazda Jalin Kerjasama Dengan Isuzu Untuk Trak Pikap Baharu

Mazda telah mencapai persetujuan dengan Isuzu untuk menghasilkan trak pikap generasi baru. Kolaborasi ini membolehkan Isuzu untuk meningkatkan daya saing produknya sementara Mazda akan mengukuhkan barisan produk sambil mengekalkan liputan pasarannya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Produk baru ini akan dibangunkan oleh Isuzu menggunakan model pikap trak yang sedia ada. Ia akan dipasarkan mulai tarikh yang akan diumum kemudian di seluruh dunia kecuali Amerika Utara.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, Mazda dan Isuzu telah membangunkan hubungan kerjasama selama lebih dari 10 tahun, dengan
Isuzu menghasilkan trak Mazda untuk pasaran Jepun. Perjanjian ini memperkukuhkan hubungan jangka panjang yang berterusan antara kedua-dua syarikat tersebut.

 

 

Previous post

Kemenangan Sekali Lagi Untuk Absolute Bentley di Jepun

Next post

Nissan Bersedia Untuk Pelancaran GTR 2017, Dijual Pada Akhir Bulan Julai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *