Mengambil Selfie Bersama Scania Untuk Menangi Hadiah Menarik
Sekiranya anda suka mengambil selfie jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menyertai peraduan ‘ITSASCANIA’ Facebook anjuran Scania Malaysia. Hadiah mingguan yang menarik tersedia untuk dimenangi, tidak ketinggalan Hadiah Utama yang merupakan sebuah tablet bernilai sehingga RM4,000.
Peraduan yang berlangsung sehingga 31 Julai 2016 ini amat sesuai untuk disertai penumpang dan operator bas, koc dan trak, dan sesiapa sahaja yang meminati trak dan bas buatan Scania.
“Kami tahu ramai orang suka mengambil gambar trak dan bas, dan oleh itu kami bercadang untuk menyediakan landasan mengembangkan minat dan daya kreativiti mereka. Sempena musim perayaan ini, begitu ramai pengguna jalan raya akan sibuk mengambil selfie di merata tempat. Kami berharap dapat melihat gambar-gambar mereka bergembira bersama-sama kenderaan buatan Scania yang mencuit hati,” kata Ian Tan, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Scania Asia Tenggara.
Peraduan tersebut dibuka kepada orang awam dan Scania ingin mengalu-alukan semua orang untuk menyertainya bagi memeriahkan lagi perayaan Hari Raya Aidil Fitri dengan menghantar gambar-gambar perjalanan ke destinasi-destinasi menarik semasa mereka balik kampung sepanjang musim cuti ini.
Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat peraduan, sila layari:
No Comment