Berita Auto

Minyak Enjin Diesel Tahan Lasak Caltex Delo 400 MGX Dilancarkan

Chevron, syarikat yang bertanggungjawab memasarkan jenama Caltex, telah melancarkan minyak enjin diesel premium terbarunya iaitu Caltex Delo 400 MGX SAE 15W-40. Produk terbaru ini diformulasi khas untuk prestasi yang lebih efisyen untuk diesel dengan kandungan sulfur yang tinggi ataupun rendah.

Barisan produk Caltex Delo merangkumi minyak pelincir dan penyejuk yang menawarkan perlindungan dan prestasi optimum, serta lebih nilai untuk jentera diesel tahan lasak. Produk-produk tersebut digunakan secara meluas di dalam industri berat termasuk pengangkutan komersial, pembinaan, perlombongan, agrikultur dan penjanaan kuasa.

Produk-produk premium Delo dihasilkan menggunakan teknologi ISOSYN, iaitu dengan menggabungkan minyak asas dengan bahan-bahan tambahan berprestasi tinggi untuk perlindungan bahagian dalaman enjin. Delo 400 MGX SAE 15W-40 menawarkan pencegahan jelaga, perlindungan haus serta serta kawalan enapcemar (sludge) untuk perlindungan jangka hayat enjin yang lebih lama dan penjimatan bahan api.

SONY DSC

Ia juga boleh digunakan untuk enjin diesel lama ataupun baharu, jadi pelanggan tidak perlu membeli minyak enjin diesel yang berlainan. Produk terbaru ini dibangunkan khas untuk mematuhi peraturan pelepasan dan juga memenuhi keperluan OEM (original equipment manufacturer) pasaran tempatan. Selain itu, ia membantu untuk melanjutkan perlindungan servis dan memaksimumkan ketahanan enjin serta kos operasi.

Caltex Delo 400 MGX SAE 15W-40 boleh didapati dalam pembungkusan jenis drum atau botol 20 liter melalui pengedar sah jenama itu pada harga RM9.50 seliter.

Previous post

Pampasan Pemilik Dan Hab Perkhidmatan Baru Untuk Recall Inflator Takata

Next post

KTM 1290 Super Duke GT Dilancarkan - Harga dari RM125,080

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *