Berita Auto

Neelofa Terima Volkswagen Passat R-Line Special

Volkswagen Malaysia telah menganjurkan majlis penyampaian kereta kepada pemenang hadiah utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-29. Sebagai penaja automotif, syarikat itu menyerahkan sebuah Passat untuk kategori ‘Artis Paling Popular’ , dan sebuah Vento untuk pemenang peraduan Undi dan Menang ABPBH.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Selebriti tempatan Neelofa yang memenangi kategori ‘Artis Paling Popular’ ABPBH baru-baru ini telah dianugerahkan sebuah Volkswagen Passat R-Line Special, iaitu satu-satunya unit yang terdapat di Malaysia.

Passat R-Line Special didatangkan dengan kelengkapan R -Line yang unik seperti bumper depan dan belakang khas, sarung pedal, gril hadapan dan spoiler belakang berwarna hitam, lambang ‘Volkswagen’ dan ‘Passat’ berwarna hitam dan tip ekzos.

Pic 3

Sementara itu, pemenang peraduan Undi dan Menang ABPBH iaitu Muhammad Zulhilmi Yusof, 25, yang berasal dari Kelantan menerima Vento 1.2 TSI Highline.

Majlis penyerahan hadiah tersebut diadakan di pusat 3S Volkswagen Sri Hartamas, diikuti oleh majlis beramah mesra Neelofa bersama dengan pemilik-pemilik Volkswagen, tetamu dan peminat.

 

Previous post

Teknologi PDK 7-kelajuan Porsche Harus Menggantikan Volkswagen DSG

Next post

Subaru XV Crosstrek Dalaman Besar Dan Versatile

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *