Autonomi

Nissan Serena Baharu Dilengkapi Teknologi Autonomi ProPILOT

Nissan telah mendedahkan Serena generasi kelima, yang akan dijual di Jepun bermula akhir Ogos ini. Ia mula diperkenalkan pada 1991, dan menjadi salah sebuah kenderaan keluarga paling popular di negara itu. Versi terbaru ini maju satu langkah ke hadapan tanpa melupakan nilai asalnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Reka Bentuk

Serena terbaru menawarkan reka bentuk luas, dinamik dan diperhalusi yang akan menjadi asas bagi generasi seterusnya.

Muka hadapannya memaparkan gril ‘V-motion’ yang sudah menjadi trademark jenama itu, bersama dengan rekaan lampu hadapan berkembar yang juga muncul pada model sebelum ini. Warna luaran dwi-tona dengan reka bentuk tidak bertiang menonjolkan lagi sifat luas MPV tersebut.

Papan pemukanya direka menggunakan tema ‘lateral flow’ untuk rasa kabin yang lebih luas, manakala panel instrumen kini lebih nipis dan dipasang dengan posisi kehadapan untuk efek panoramik. Warna kontras tinggi digunakan untuk imej yang lebih moden.

Nissan Serena 05

Pempakejan

Antara kelebihan Serena adalah ciri pempakejannya yang membolehkan segenap ruang kabin diguna sepenuhnya.

Beberapa ciri disertakan untuk mendatangkan rasa luas seperti tiang hadapan yang dihitamkan supaya tingkap pintu tampak lebih besar dan garis bumbung yang melekung untuk lebih ruang kepala. Tiang A nya juga direka lebih nipis untuk menghapuskan titik buta tanpa menjejaskan ketegaran casis.

Peralatan Canggih

Serena baru dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini termasuk Emergency Braking System, Lane Departure Warning, Around View Monitor dan Smart Rearview Mirror.

Ia juga didatangkan dengan Intelligent Park Assist versi terbaru yang mula-mula diperkenalkan pada model X-Trail. Dan buat pertama kalinya, teknologi pemanduan autonomi Nissan iaitu ProPILOT juga disertakan. Sistem ini mengawal pendikit, brek dan stereng secara automatik semasa memandu di lebuh raya dalam pelbagai keadaan trafik.

Nissan Serena 06

Kemudahan

Direka untuk pelbagai jenis pengguna, Serena didatangkan dengan pelbagai kemudahan untuk gaya hidup yang berbeza. Contohnya, pintu belakang boleh dibuka dalam dua cara berbeza mengikut lokasi atau aktiviti, menggunakan cara bebas-tangan iaitu dengan menghayun kaki dibawah pintu.

Seperti Teana, Serena juga mendapat tempat duduk ‘zero gravity’ yang diletakkan pada barisan pertama dan kedua. Tempat duduk barisan ketiga juga direka untuk mengurangkan keletihan terutama ketika pemanduan jarak jauh.

Kuasa dan Prestasi Pemanduan

Model S-Hybrid diteruskan, namun beberapa penambahbaikan memberikannya lebih penjimatan bahan api. Sterengnya juga lebih tepat dari sebelum ini, dengan adanya sistem kuasa berubah-ubah yang menjadikannya lebih ringan semasa membelok dan lebih stabil semasa memecut.

Nissan Serena 04

Struktur tambahan pada pintu belakang dan penyerap hentak lebih besar menjadikan Serena lebih tangkas dalam pengendalian.

Harga

Walaupun dilengkapi ciri-ciri eksklusif serba baharu, harga baru Nissan Serena terbaru ditetapkan pada bawah 3 juta yen (RM113,397) di Jepun.

 

 

 

 

 

Previous post

Jaguar dan Andy Wallace Mengkagumi Orang Ramai di Le Mans Classic

Next post

Tindakan Drastik Oleh Kerajaan Korea Selatan Terhadap VW

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *