Berita Auto

Pemeriksaan Keselamatan Perodua Tweckbot Kembali untuk Pasca Aidilfitri

Perodua Tweckbot kini kembali dengan tawaran pemeriksaan 50-titik keselamatan untuk semua kenderaan Perodua di Giant Seri Kembangan, Selangor, bersempena dengan sambutan pasca Aidilfitri.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Program ini adalah komitmen berterusan kami ke arah memberikan pelanggan ketenangan fikiran dengan menawarkan mutu kerja yang berkualiti dalam semua produk dan perkhidmatan kami,” kata Presiden dan CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Program yang dianjurkan sejak 2011 ini program pertama Perodua yang mendekati pelanggan mereka melalui media sosial untuk menawarkan pemeriksaan keselamatan percuma pada masa, tempat dan lokasi tertentu.

Ia telah diubahsuai untuk mencapai lebih ramai pengguna Perodua dengan menggunakan media baru dan tradisional untuk mengumumkan masa dan lokasi pasukan Tweckbot. Untuk pasca Hari Raya, Tweckbot akan ditempatkan di Giant Seri Kembangan, dari 10 pagi hinggan 6 petang, dari 22 hingga 24 Julai.

Perodua Tweckbot 01

Pemeriksaan 50-titik keselamatan itu akan mengambil masa 10 hingga 15 minit, dan merangkumi pemeriksaan enjin, transmisi, sistem penyejuk (termasuk tahap penyejuk, kipas dan suhu), brek (termasuk cecair brek dan pad), klac, tayar, suspensi, sistem elektrikal (termasuk bateri, lampu dan pengelap cermin) dan juga diagnosis enjin.

Bagaimanapun, Tweckbot hanya menjalankan pemeriksaan pada kenderaan dan akan menasihatkan pemilik untuk tindakan selanjutnya jika perlu. Diskaun 20% untuk alat ganti dan aksesori akan diberikan jika kenderaan yang diperiksa kembali ke pusat servis Perodua, manakala tambahan 10% akan diberikan jika pelanggan adalah ahli Perodua Circle.

Sementara menunggu kereta diperiksa, pelanggan juga boleh mendaftar sebagai ahli UFirst, yang bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan atas kepercayaan dan kesetiaan mereka. Selain dari laman web www.ufirst.com.my, ahli UFirst juga boleh memuat turun aplikasi telefon pintar untuk menikmati promosi dari rakan Perodua dan perkhidmatan kecemasan iaitu Perodua Smart Assist.

 

Previous post

Mitsubishi Grand Tourer Concept Akan Diumumkan Di Paris Motor Show

Next post

Hyundai Dan U.S. DOE Panjangkan Perkongsian Pinjaman Kenderaan Sel Bahan Api

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *