Periksa Status Kenderaan Anda Di Laman Web UMW Toyota
UMW Toyota Motor mengakui bahawa dari semasa ke semasa, pemilikan kenderaan mungkin bertukar tangan dan apa-apa pemberitahuan ataupun notis tentang Kempen Servis Istimewa (recall) mungkin tidak akan sampai kepada pemilik baru itu.
Untuk ini, syarikat itu telah menambah satu bahagian baharu di laman webnya yang membolehkan pemilik Toyota memeriksa jika kenderaan mereka terlibat dalam mana-mana kempen atau recall. Pemilik boleh melawat www.toyota.com.my/owners/special-service-campaigns dan ikut langkah-langkah yang diberi.
Syarikat itu juga menggesa pelanggannya untuk sentiasa menggunakan sistem tersebut untuk memeriksa status kenderaan mereka. Perhatian juga patut diberikan pada mana-mana pengumuman yang dikeluarkan demi keselamatan pengguna Toyota.
Selain daripada pemeriksa status online, pemilik Toyota juga boleh mengetahui tentang kempen servis yang sedang berjalan dengan menelefon Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).
No Comment