Berita Auto

Perodua Bezza Dilancarkan Secara Rasmi

Model ke-11 dan model sedan pertama Perodua iaitu Bezza telah pun dilancarkan secara rasmi. Seperti yang dijangka, model itu mendapat sambutan hangat dengan 4,028 tempahan awal diterima selepas tempahannya dibuka lima hari lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari jumlah tersebut, 50% adalah untuk varian 1.3L Advance, 35% untuk varian 1.3L Premium manakala selebihnya adalah untuk varian 1.0L AT/MT.

Perodua Bezza

Menurut Perodua, Bezza adalah produk transformasi keduanya selepas Axia, dengan kos pembangunan mencecah RM300 juta. Ia direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan Daihatsu dan mempunyai 95% komponen yang dihasilkan secara tempatan.

Dashboard_AdPerodua Bezzavance

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sedan berstatus EEV ini dilancarkan dalam lima pilihan varian, bermula dari 1.0L Standard G manual (RM37,300), 1.0L Standard G auto (RM39,300), 1.3L Premium X manual (RM42,800), 1.3L Premium X auto (RM44,800) dan model paling lengkap iaitu 1.3L Advance (RM50,800).

Perodua Bezza

Seperti yang anda mungkin tahu, hanya varian Advance yang mendapat penilaian lima bintang dari ASEAN NCAP, dan ini hanya berlaku dengan kehadiran Vehicle Stability Control (VSC) dan Seatbelt Reminder (SBR). Varian-varian lain pula dianugerahkan rating empat bintang. ABS dan EBD adalah standard untuk semua varian.

Perodua Bezza

Selain itu, varian Advance juga mendapat Eco Idle System dan Regenerative Braking System yang bertujuan menjimatkan penggunaan bahan api. Ciri-ciri Smart Entry, butang penghidup enjin dan Smart Link yang menghubungkan telefon pintar ke sistem multimedia kereta juga disertakan dalam varian ini.

 

Previous post

Subaru Levorg Dan XV Crosstrek Kini Boleh Didapati Di Motor Image Malaysia

Next post

WWF dan Toyota Bersatu Sertai Living Asian Forest Project Dan Climate Change

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *