Gaya Hidup / Lifestyle

Piala Pro-Am Satu Kejayaan Bagi Siri GT Asia

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan untuk siri perlumbaan GT Asia 2016 adalah penambahan kelas Piala Pro-Am untuk memberi ganjaran kepada pemandu amatur dalam format dua pemandu. Ia terbukti popular, ditambah pula dengan saingat sengit untuk merebut takhta pelumba.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Buat masa ini, senarai pemandu didahului oleh juara 7 kali GT Asia iaitu Anthony Liu, diikuti rapat oleh pemandu rookie Shaun Thong dengan beza lima mata. Ini merupakan musim kedua buat pemandu Korea Selatan itu yang mendapat tunjuk ajar dari rakan pasukannya Adderly Fong. Fong berada di tempat ketiga kedudukan selepas dua kali naik podium di Okayama.

Turut berada dalam saingan ialah Piti Bhirombhakdi dari Singha Motorsports. Pelumba itu meraih kejayaan sulungnya di Fuji pada Julai lalu, dan walaupun kurang bernasib baik musim ini, dia masih mampu untuk menduduki tangga keempat. Bekas juara kelas Amatur Audi R8 LMS Cup Alex Au dan rakan sepasukan Alex Yoong turut dibelenggu masalah teknikal dalam musim pertamanya di GT Asia.

GTAsiaSeries_OIC_P2_M_Lee_010716_med

Seperti Au, pemandu Bentley, Vutthikorn Inthrapuvasak juga berdepan isu teknikal dan perlanggaran yang menghalangnya dari muncul di podium dengan lebih kerap. Walaupun begitu, kemenangan di tempat kedua dua kali berturut-turut bersama Duncan Tappy di Thailand membuktikan kemampuannya untuk bersaing dengan pendahulu siri.

Pemandu Craft-Bamboo Racing Naiyanobh ‘Toy’ Bhiromhakdi pula semakin matang di bawah bimbingan rakan sepasukannya yang juga juara bertahan siri GT Asia iaitu Darryl O’Young.

GTAsiaSeries_OIC_P2_Fong_010716_med

Bahagian kedua musim ini akan bermula dari 15 hingga 17 Julai ini di Okayama. Berikut adalah kedudukan semasa pemandu:

Mata Piala Pro-Am (selepas 6 dari 12 pusingan)

1. Anthony Liu (87-points), 2. Shaun Thong (82), 3. Andrew Kim (72), 4 Piti Bhirombhakdi (61), 5. Alex Au (53), 6. Vutthikorn Inthrapuvasak (50), 7. Naiyanobh Bhirombhakdi (36), 8. Frank Yu (29), 9. Mok Weng Sun (17), 10. JingZu Sun (16), 11. Philip Ma (12)

 

 

 

Previous post

Gohed Gostan Ep 26 Beraya Dengan Isuzu MU-X

Next post

Jualan Rekod Lamborghini Separuh Pertama 2016: Penghantaran Melebihi 2000 Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *